Kisah Seram Kaki Lepak Tengah Malam Di Lambai Iblis

Pernahkah anda mengalami detik-detik yang menyeramkan akibat gangguan dari makhluk halus mahupun iblis yang sentiasa mahu menyesatkan Manusia?

Paling tidak tentu sekali anda pernah terdengar walau tidak merasai sendiri pengalaman sebegitu.

Pada kali ini anda akan di sajikan dengan kisah Seram Lambaian Iblis!mari kita mulakan kisah ini,.







Selepas Tamat menduduki SPM,Aku hanya melepak di kampung halaman dan Setelah keputusan SPM keluar,aku langsung  tidak mendapat sebarang tawaran sambung belajar,ayah ku pula hanya meminta aku membantunya di kedai makan keluarga kami,yang terletak di simpang jalan besar  menuju ke pekan berhampiran rumah kami.

Tapi dek kerana bosan, kadangkala waktu malam aku tinggal kan kedai,aku tidak kisah sangat sebab masih ada pekerja ayah dan ibuku yang bekerja dengan kami bersama,apa guna ada pekerja kan,..

Aku memang selalu keluar lepak bersama teman-temanku,masih ada beberapa teman yang masih menetap di kampung sementara yang lain telah sambung belajar dan ada juga yang telah bekerja.

Begitulah rutin harian ku,asyik melepak saja tak tentu arah bersama teman yang lain!

Nama pun melepak sudah tentu lah hingga ke awal pagi baru aku jumpa jalan pulang!

Al kisahnya pada satu malam,Seorang kawan karibku zainal tidak dapat ikut melepak bersama pada malam itu,dan kebiasaannya,dia akan membonceng motosikal ku ke port melepak kami,nampaknya malam ini terpaksalah aku pergi sendirian,nak buat macam mana kan,duduk rumah bosan,duduk di kedai makan keluarga ku lagilah bosannya,.

Lebih kurang jam 2 pagi aku dan yang lain memutuskan untuk pulang ke rumah,.

Sewaktu sedang menunggang motosikal ku sendirian untuk pulang,aku berasa tidak sedap hati kerana sejak dari jalan simpang besar tadi aku seakan seperti ternampak kelibat,sesekali ada rasa meremang bulu roma tanpa sebab,.

Aku hanya buat tak kisah mungkin akibat terlalu mengantuk maka aku pun menunggang motorku seperti biasa..


Tiba-tiba dengan tak semena-semena,motorku buat hal!!

"Aduh..dah kenapa kau ni..baru je aku beli dah buat hal!" Rungutku di dalam hati,manakan tidak motor itu baru 5 hari ayahku beli kan untuk ku tiba tiba mahu meragam pula,dah tu meragam pagi buta tak boleh ke meragam waktu lain,tengahari ke petang ke,.hai lah nasib,...

Sudah lah aku tak pandai baiki motor!nak tak nak aku terpaksa tolak hingga sampai ke rumah!kalau ada zainal kan bagus,ini tidak,aku sorang diri tolak motor tengah malam,dalam hati aku dah ada macam-macam perasan,geram campur marah campur seram,mau tak seram,aku memang agak takut bila lalu kawasan ini,sebab itu aku sanggup angkut zainal ajak lepak sekali,.

mana kan tidak seram nya,sebelum ini memang ramai orang kampung ku terlihat macam-macam yang di luar akal manusia dekat kawasan ini,..

Dari jauh aku terlihat seperti ada orang,malah aku dapat melihat ia seakan akan melambaiku ke arahku,..

Semakin dekat aku menghampiri semakin menjauh pula lambaian itu,..

ish,.tak boleh jadi ni,..mata aku yang silap atau,............

Dup Dap Dup Dap,.....jantungku tiba-tiba menjadi laju,.........dalam kepala sudah memikirkan macam-macam,.

Gila!!!pagi-pagi buta ada orang dok melambai!kau rasa???

Entah bagaimana,secara tiba-tiba saja,lambaian itu menghilang!!

Aku tidak kisah dia nak hilang ke apa,persoalannya,apakah itu??siapa yang melambai aku??

lebih kurang beberapa meter aku menyorong motosikal ku,sekali lagi aku terlihat lambaian  yang sama seperti tadi,..

kali ini berlainan dari tadi,.semakin aku ke depan,aku seperti ada bau yang sangat kurang menyenangkan,...

Tahukah apa yang berlaku apabila aku makin dekat dengan lambaian itu?

Automatik aku dah tak fikirkan motor yang aku tolak tadi,kaki ku berlari umpama tak cukup tanah!Motor baru ku yang rosak ku tinggal kan begitu saja!!Ahhh!! Tidak!!aku tak sanggup tengok benda yang  melambai itu!!

 aku nampak jelas bahawa itu adalah lembaga berambut panjang tanpa wajah atau aku tak terlihat wajahnya di sebab kan gelap dan hanya berpandu pada cahaya bulan,tapi yang pasti memang aku langsung tak nampak mata,hidung dan mulutnya!

Aku berlari sekuat hati,tak ada maknanya aku nak pengsan waktu waktu begitu!!

DOOMMM DOMMM DOMMM!!!!!!

Sungguh kuat tanganku mengetuk pintu rumah ku!! kunci pintu rumah berada pada kunci motor yang ku tinggalkan tadi,.

Aku lihat ayah ku membukakan pintu rumah dan aku masuk ke rumah tergesa-gesa,..aku lantas masuk kebilik dengan badan yang menggigil,.

Puas ayah dan ibu bertanya mengapa namun lidah ku kelu untuk berkata-kata,..

Keesokannya badanku berasa amat lemah sekali,takkala  terjaga,badan ku panas dan demam!

Aku menceritakan segala apa yang berlaku malam tadi kepada mereka.

Sejak dari itu aku sudah tidak keluar lagi melepak,paling tidak teman-temanku saja yang akan datang ke kedai makan keluargaku.


Begitulah kisah seram yang di alami sendiri oleh suhaimi.

Memang menyeramkan apa yang telah di alami oleh suhaimi.

Kisah seram ini telah di baca kan di Starlive Malaysia,Segmen Seram malam keliwon setiap hari khamis malam jumaat jam 10pm.

Sumber : mediaewriter.blogspot.my