hidup dan kerjaya musnah kerana sikap sendiri

1-Hidup-Kerjaya-Musnah-Kerana-Sikap-Send

Merasakan dirinya mampu pergi jauh selain mengamalkan sikap sambil lewa, penyanyi Aliff Aziz menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah nilai yang terpaksa dibayar apabila perkara tersebut hampir memusnahkan kerjaya dan kehidupannya.

BACA: Bakal Nikah Selepas Aidilfitri, Aliff Aziz Tak Harap Tajaan

Dulu saya berasakan seperti boleh melangkah jauh dalam bidang seni, tetapi kerana sikap sambil lewa terhadap kerjaya dan hidup, semua itu musnah sekelip mata. Saya bagaimanapun bersyukur semua itu menjadi ruang untuk saya memperbaiki diri seterusnya menjadi insan lebih matang

Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya tak dengar nasihat orang yang menyayangi diri saya ini. Saya anggap semua itu bayaran yang perlu saya terima akibat kesilapan diri sendiri, katanya kepada BH Online.

Bersyukur di atas peluang untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih baik, penyanyi ini tidak mahu perkara yang sama berulang kembali lebih-lebih dirinya kini bakal menempuh alam perkahwinan. (rtky/s)

Marauders-300x250-px.jpg



SUMBER
bh online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih