Isu Tunaikan Haji: Ini Punca Neelofa Dapat Pergi Awal
Pelakon Neelofa dikatakan bakal membuat ibadah Haji pada tahun ini. Berita tersebut menimbulkan pertanyaa beberapa pihak yang menunggu giliran lama untuk ke Mekah.
Persoalan yang timbul mengapa Neelifa dapat pergi awal itu akhirnya terjawab apabila Tabung Haji (TH) telah memberi kenyataan dan penjelasan.
Neelofa dikatakan mendapatkan visa untuk menunaikan haji adalah melalui pihak SWASTA dan bukannya dari TH.
Terdapat beberapa syarikat swasta yang mampu membawa jemaah menunaikan haji di Mekah dan bukannya hanya melalui Tabung Haji.
TH tidak pernah memberi keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melangkau giliran bagi menunaikan haji.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi memastikan proses giliran secara telus, TH turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitau tiada kuota khas di berikan kepada sesiapa oleh TH termasuk pelakon Neelofa.
Ini komennya:
Tidak ada istilah kuota menteri atau timbalan menteri kerana Tabung Haji sentiasa memastikan proses ini dijalankan secara telus dan dipantau secara terus oleh SPRM sendiri.
Jadi tidak timbul isu (seperti yang) dimainkan di media sosial seolah-olah ada pilih kasih atau keistimewaan tertentu diberikan pihak tertentu. Itu tidak betul,
Inilah punca nya Neelofa dapat ke Mekah awal, dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri melalui pihak swasta.
Sumber: beritamemey
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih