Cabutan wow sspniplus kembali lagi

Screen-Shot-2016-08-02-at-3.52.54-PM-cop

Berita baik kepada semua pendeposit SSPN-i-Plus yang membuka atau membuat penambahan akaun pada 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017, PTPTN kini melancarkan Cabutan Wow! SSPN-i-Plus. Lebih 300 hadiah bernilai RM1.5 juta ditawarkan kepada para pendeposit. Istimewanya cabutan kali ini, lebih ramai pendeposit yang menyertai, lebih banyak hadiah ditawarkan!

Apa yang WOW sangat cabutan hadiah ini? Terdapat dua cabutan ditawarkan, satu daripadanya, Cabutan Tahunan dimana pemenang utama berpeluang membawa sebuah Proton Perdana. Manakala tempat kedua pula ditawarkan sebuah Toyota Vios yang akan diberikan kepada 3 pendeposit dan tempat ketiga, sebuah motorsikal Kawasaki diberikan kepada 5 pendeposit.

Screen Shot 2016-08-02 at 3.52.54 PM

Selain itu sejumlah wang tunai bernilai RM2,000 diberikan sebagai hadiah saguhati kepada 250 pendeposit. Cabutan kedua pula dikenali sebagai Cabutan Suku Tahun, dimana PTPTN menawarkan tiga kali cabutan di sepanjang tahun. Lebih WOW lagi, anda mungkin berpeluang memiliki sebuah Honda Jazz baru dan juga saguhati bernilai RM2,000 kepada 20 pendeposit.

Screen Shot 2016-08-02 at 3.53.11 PM
Roti-Kaya-Ads-USJ.jpg

Kalau dulu anda mungkin perlu bersesak ke kaunter dan mengisi borang untuk membuka akaun SSPN-i-Plus, kini dengan adanya program pemasaran melalui Ejen Online PTPTN, anda boleh membuka akaun dan melakukan transaksi dengan mudah secara online. Hanya di hujung jari!

Bukan itu sahaja, kepada Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online PTPTN, anda juga bakal mendapat durian runtuh berbentuk komisen. Sebanyak 15% akan diberikan kepada Rakan Niaga Affiliate dan sebanyak 25% pula akan diagihkan kepada Ejen Pemasaran Online.

Menjadi Ejen Pemasaran Online sangat mudah kerana anda tidak perlu pening memikirkan modal kerana ia tidak memerlukan sebarang modal! Malah anda bakal menikmati waktu bekerja yang fleksible, perkhidmatan bimbingan serta latihan. Juga tidak melibatkan transaksi tunai!

Bagi menghargai usaha Ejen Online, PTPTN telah menyediakan Anugerah Ejen Online PTPTN Terbaik kepada ejen yang mampu mencapai pembukaan akaun baru SSPN-i-Plus dalam jumlah yang ditetapkan. Malah, Ejen Online PTPTN juga berpeluang memenangi pakej percutian ke luar negara dan wang tunai sebanyak RM4,000. WOW! Berbaloi-baloi!

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih