UMNO Johor Diminta Senarai Ahli Taja, Promosi Pribumi
Published on Aug 12, 2016 in Politik/Terkini
JOHOR BAHRU UMNO Bahagian di negeri ini diminta menyenaraikan anggota mereka yang dipercayai terlibat atau dikaitkan dengan parti baharu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata ini adalah bagi memastikan bahawa perjuangan anggota UMNO di negeri ini dalam memantapkan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, tidak menghadapi kecelaruan.
Mohamed Khaled berkata terdapat nama-nama anggota UMNO di negeri ini yang tersebar menerusi laman web yang turut mendakwa mereka ini menjadi penaja atau mempromosi parti baharu.
Saya minta agar UMNO Bahagian dapat menyenaraikan (nama anggota yang dipercayai terlibat atau dikaitkan) dan menghantar kepada ibu pejabat supaya ibu pejabat dapat tentukan kedudukan mereka ini.
(Ada di antara) mereka ini (yang) duduk dua alam. (Ini bagi memastikan) sama ada nama mereka digunakan untuk menaja dan mempromosi parti (baharu) dan mereka dapat mengumumkan sama ada mereka betul-betul terlibat atau tidak, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini.
Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu berkata beliau juga ada menerima laporan bahawa ada yang menggunakan nama anggota-anggota yang tidak terlibat dan mengaitkan mereka dengan parti baharu.
Jika ada di antara mereka yang betul-betul terlibat, mereka perlu membuat satu ketetapan. Kalau mereka terlibat mereka patut jangan ada apa-apa hubungan lagi dengan UMNO, katanya.
Baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa ramai bekas anggota UMNO ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi tidak bersedia menyatakan sokongan secara terbuka. BERNAMA
Tags: Khaled NordinUMNO
Anda Juga Mungkin Berminat
Jun 25, 2016
Tindakan Pecat Muhyiddin, Mukhriz Wajar Kerana Disiplin
JOHOR BAHARU Tindakan memecat Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar
Dec 9, 2015
UMNO Johor Komited Terus Kukuhkan Parti Khaled
KUALA LUMPUR UMNO Johor akan terus komited dalam usaha mengukuhkan lagi parti serta mendukung gerakan
Oct 17, 2014
Badan Perhubungan UMNO Johor Anjur Konvensyen Bulan Depan
JOHOR BAHARU Badan Perhubungan Umno Johor akan menganjurkan satu konvensyen di bandar raya ini bulan
Post navigation
Previous Story Previous post: Peniaga Dipenjara 3 Hari, Denda RM500 Miliki Logo Besi PDRM
Terkini dari Politik
Aug 12, 2016
PAS Kekal Keputusan Mahu Saman Sarawak Report
KOTA BAHARU PAS mengekalkan keputusan untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan Aug 11, 2016
Putin Tuduh Ukraine Cuba Lancar Serangan Di Crimea
MOSCOW Presiden Russia, Vladimir Putin, membidas Ukraine yang didakwa cuba menceroboh Aug 11, 2016
Duterte Arah Musnahkan Abu Sayyaf
MANILA Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, mengarahkan tentera memusnahkan kumpulan Aug 10, 2016
Parti Bersatu Sukar Agih Kerusi Hadapi PRU-14 Musa
KUALA LUMPUR Betul ke tidak betul itu belakang cerita. Namun ini Aug 10, 2016
MB Diarah Rapatkan Semula Saf Kepimpinan UMNO
BALI Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman telah diarahkan supaya
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayiChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih