Aznil nawawi elak riak promosi produk sendiri

5-Aznil-Nawawi-Elak-Riak-Promosi-Produk-

Disaat ramai selebriti diluar sana berlumba mempromosikan produk kosmetik mereka dengan pelbagai cara, Datuk Aznil Nawawi pula lebih selesa mengambil pendekatan berserderhana memasarkan produk beliau, Anell by Aznil Nawawi bagi mengelakkan rasa riak dan tidak senang hati peniaga lain. Baginya namanya yang sudah kukuh sudah cukup untuk melariskan produk itu.

BACA: Hampir Sebulan, Produk Aznil Nawawi Raih Lebih RM500,000

Saya tidak mahu berkongsi jumlah barang yang sudah terjual atau bercakap berlebih-lebihan tentang produk kosmetik Anell. Saya lebih selesa mempromosikan produk itu secara bersederhana sahaja kerana nama saya sendiri pun orang sudah kenal. Bagi peniaga lain mungkin mereka perlu berbuat demikian untuk orang kenali dan tahu tentang produk mereka.

Bukan apa, jika bercakap lebih-lebih boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan, timbul rasa dengki dan khianat, ilmu hitam atau taktik jahat daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati. Saya mahu ia dijual secara sedang-sedang sahaja kerana saya yakin ia tetap akan mendapat perhatian, katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Selain itu, beliau yakin dengan cara bersederhana dalam menjualkan sesuatu produk tanpa menggunakan promosi secara keterlaluan lebih berjaya. Malah pengguna produk juga akan rasa lebih hormat pada produk yang mereka gunakan seterusnya memberikan respon yang positif kerana setiap orang mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza mengikut kulit.

Marauders-300x250-px.jpg

Terdahulu, Aznil dilaporkan meraih keuntungan lebih daripada RM500,000 sejak pelancaran produk kecantikannya sendiri Anell pada 30 Mei lalu. Beliau yang turut terkejut dengan pencapaian produk itu berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkannya sejak empat tahun dahulu menerusi produk tersebut, malah rata-rata memberikan respon yang memberangsangkan. (rkty/w)



SUMBER
M Star Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih