Kisah Sebenar Disebalik Foto Viral Ini Terbongkar, Kisahnya Memang Amat Mengejutkan!

 
Semalam satu foto telah menajdi viral di laman media sosial yang meperlihatkan wajah seorang wanita berubah menjadi hitam.

Foto itu langsung tidak di edit dan dimuat naik oleh rakannya sendiri.

Dengan tiba-tiba foto berkenaan terus menajdi tular dengan ramai yang terkejut dengan wajah wanita berkenaan yang boleh dikataan agak misteri dan menyeramkan.

Ramai yang tertanya-tanya apakah kejadian dan kisah sebenarnya yang berlaku?

Hari ini, akhirnya tuan punya badan tampil mecneritakan kejadian yang berlaku dan ianya amat mengejutkan ramai.

Kata tuan badan ini iaitu Datin Nur Arifah, yang merupakan seorang ahli perniagaan, gambar itu secara tidak sengaja dimuat naik oleh rakannya.

Menurut Nur Arifah, dia telah dianiaya dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar-gambar itu yang boleh menimbulkan fitnah terhadapnya dan sekali gus menjejaskan periuk nasinya. 

Datin Nur Arifah menyatakan wajahnya kelihatan hitam adalah kerana ada pihak yang iri hati dan menghantar 'benda' kepadanya untuk menutup seri muka mungkin kerana dengki dengan kejayaan bisnesnya.

Ini kenyataan dari wanita berkenaan iaitu Datin Nur Arifa:

"Assalamualaikum kepada rakan-rakan Facebook. Saya empunya badan (yang diviralkan),"

"Alhamdulillah sudah tahu siapa punya angkara yang telah menyakiti diri ini. Mohon kepada rakan-rakan berhenti viral atau share gambar-gambar tersebut bagi menjaga aib diri.

"Juga bagi mengelakkan fitnah rakyat-rakyat Malaysia yang suka menjadi 'hakim' sehingga melemparkan dakwaan 'datin bersusuk, bersaka dan sebagainya.

"Sesungguhnya saya telah dianiaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan busuk hati dengan menghantar 'benda' itu bagi menutup seri muka dan juga periuk nasi dalam bidang perniagaan.

"Hanya Allah yang mampu membalas perbuatan beliau dan berhati-hatilah bila berkawan,"

Nur Arifah juga lega apabila individu yang menyebarkan gambar itu juga telah tampil memohon maaf di atas kesilapannya.

Wanita berkenaan bernama Tasha Rahman dan menulis permohonan maaf setelah foto itu menajdi viral semalam.

Ini komennya:

"Mohon maaf kepada Nur Arifah Akalili. Saya post mohon maaf sebab saya yang mulakan post ini sehingga teraibkan kawan sendiri.

"Jangan ada yang kecam kakak ini guna-guna pakai-pakai segala jembalang bagai. Hakikatnya dia dikhianati oleh orang yang menghantar benda tak baik dengan niat menutup rezeki birdal dan seri muka kakak ini.

"Tolong viralkan permohonan maaf ini atas sebab bagi mengelakkan dari umpatan orang dan juga atas niat mahu menjaga nama baik si empunya badan serta perniagaannya.

"Saya tak sangka sampai jadi begini dan viral sampai ke Facebook,"

Memang tak sangka rupanya Nur Arifah telah dianiaya sehingga ada yang menhantar 'benda' tak elok kepadanya. memang satu perbuatan terkutuk!

Apa pun itulah penjelasan tentang foto muka hitam itu. Diharapkan semua pihak kini tahu perkara sebenarnya.

Sumber: The Reporter/ FB Nur Arifah Akalili