Buat Hal Lagi.. Fathia Latiff Muat Naik Foto Tak Pakai Tudung, Jadi Persoalan Ramai

 
Fathia Latiff merupakan nama yang amat sinonim dengan kisah panas pada tahun 2017 ini.

Pelbagai kontroversi yang menimpa pelakon ini bermula dengan kisah tersebarnya video Bigo live yang menjadi buaan ramai.

Kemudian, ada pula kisah masalah displin Fathia Latiff ketika di lokasi penggambaran sehingga pelakon ini terpaksa ditukar kepada pelakon lain.

Selain itu, Fathia Latiff sering terlibat dengan beberapa isu lain di laman media sosial Twitter. Penulisan Fathia Latiff sering mencetuskan isu.

Sehinggakan rakan artis Dira Abu Zahar secara lantang menghentam Fathia Latiff ketika berucap di perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Yang terbaru, tengah hari tadi, Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik gambar tidak memakai tudung bersama seorang lelaki.

Melalui caption yang ditulis, gambar ini merupakan satu foto laman dan Fathia Latiff hanay membuat throwback.

Namun ada juga yang mempertikaikan mengapa Fathia Latiff sengaja berbuat demikian, seperti mahu mencari tumpuan dan mencipta kontroversi.

Ini antara komen dari para pelayar Instagram:

@intanzlkha : Mana la dira tak kecam dia nih

@jasminnatasha Throwback guys. Jangan over sangat cari salah orang

@muhdazeem7 Dah tak pakai tudung ke Fatiya Latiff

@nnakma throwback pun berbatas ler, (ops cakap je jangan terasa)

@rosainita Kat IG Fatiya pon gmbar ni gak, tak pakai tudung.. Entah!

@norazierahussien I bukan nak judge u. Kalau u betul dah berubah means berhijab, u tak patut post gambar u yang tak berhijab dulu. Sebab itu aurat, dan berdosa. If u know la, u will not do it. U artis, ramai yang akan ambil tahu pasal u kalau u buat apa-apa. Banyak mulut akan bercakap. So i hope kalau berubah, betul-betul berubah ok. Esok lusa kita tak tahu apa ending hidup kita ni

@nureisya freehair dah

@sosejjjj  dia ni tak perlu nasihat. Kena azan kan aje kuat kuat dekat telinga nya.

@syirazam Cantik rambut

Itulah antara komen komen dari para follower di laman IG. Fathia Latiff telah pun menutup ruangan komen di foto berkenaan.

Apapun kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fathia Latiff. -BeritaMemey

Sumber: BeritaMemey / IG Fatiya