Siapa Sebenarnya 'Kuasa Ghaib' Di Sebalik Keputusan Presiden Amerika Syarikat?
Pada 7 April 2017 lalu dunia gempar dengan berita tentera Amerika telah melancarkan serangan roket berpandu terhadap Syria. Presiden Donald Trump telah mengarahkan Tentera Laut Amerika dari Laut Tengah untuk melancarkan tembakan peluru berpandu. Serangan Amerika ini dilakukan kerana dilaporkan Presiden Bashar al-Assad telah menggunakan senjata kimia untuk menyerang musuh politiknya.