Pelakon Sharifah Sakinah Dikecam Teruk Sebab Ponteng Berpantang Bersalin

Pelakon Sharifah Sakinah Dikecam Teruk Sebab Ponteng Berpantang Bersalin


Pelakon jelita Sharifah Sakinah baru sahaja bersalin anak pertamanya hujung bulan yang lalu.

Sharifah Sakinah bersalin secara pembedahan apabila kandungannya sudah overdue.

Anaknya selamat dilahirkan secara Caesarean Section dan diberi nama Anais Adha.

Kini Sharifah Sakinah sedang berehat untuk berpantang selepas bersalin.

Namun beberapa hari yang lalu, pelakon ini ada memuatnaik gambar di luar rumahnya dengan caption sedang berponteng pantang.

Ini tulis Sharifah Sakinah: "Ponteng pantang tepi lift"

Gambar ini menyebabkan Sharifah Sakinah menerima teguran dari beberapa follower yang mahu Sharifah Sakinah mengikut proses berpantang dengan betul dan jangan ponteng.

Ini antara teguran dan kecaman dari beberapa follower:



Sebenarnya berpantang ini ada kebaikan tersendiri dan bukannya hanya mengikut satu cara sahaja, berpantang banyak cara dan kaedahnya.

Sharifah Sakinah sudah tentu tahu yang terbaik apatah lagi beliau seorang yang pentingkan penampilan, badan yang sihat dan juga peratusan lemak dalam badan.

Sudah tentu Sharifah Sakinah arif dan bijak tentang hal ini, jadi janganlah risau ye para netizen!