"Tertekan Tengok Kawan-Kawan..." - Kaka Azraff
Penyanyi popular Kaka Azraff akui agak berasa tertekan apabila melihat ramai rakan sebayanya sudah mendirikan rumah tangga.
Kakakini telah berumur 28 tahun namun dia tidak terdesak untuk berkahwin walaupun rasa tertekan melihat rakannya naik pelamin.
Penyanyi yang juga anak saudara Ella ini berkata dia fokus kepada karier seninya membuatkan dia tidak mempunyai masa berfikir soal berkahwin.
Ini komennya:
"Kadang-kadang memang rasa tertekan tengok kawan-kawan sebaya sudah pun berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
"Tetapi pada masa sama saya tidak pula mencari cinta kerana merasakan jika tiba jodoh saya pasti akan dipertemukan dengan lelaki yang tepat.
"Tambahan pula sekarang saya sibuk dengan karier seni jadi tiada masa memikirkan soal jodoh,"
"Bukanlah langsung tidak berusaha tetapi saya tidak terlalu fokuskan ke arah itu dan biar ia datang dengan sendirinya.
"Seperti sekarang saya ada berkawan dengan seseorang tetapi hubungan kami bukannya istimewa dan tidak mahu meletakkan apa-apa harapan.
"Rasanya tidak salah berkawan dan dia bukannya orang industri sebaliknya orang biasa sahaja,"
Itulah kata kata dari Kaka Azraff. Tidak mengapalah Kaka, jodoh itu akan datang nanti.
Sumber: mStar