Dulu masa aku masih bergelar perempuan bekerjaya katanya.. Kat opis aku tu ada satu masa tu dok trend cucuk2 vitamin c nak bagi kulit cantik. Nak2 yang ada masalah jerawat & parut jerawat.. Even kulit aku masa tu masih lagi fasa berjerawat tetap aku tak berani cuba cucuk cucuk ni. Nak2 lagi yang cucuk tu bukan doktor bertauliah cuma pengusaha salon ke pekerja salon kecantikkan macam tu la. Tak tau la kat mana depa buat.. masing2 tiap2 minggu kot dok pi cucuk. Nasib baik muka sengsorang tak berubah jadi alien tapi kesan tu nampak masa depa dok cocok2 je lepas dah tinggal kembali ke kulit asal.
Tadi terbaca kat terbaca kat Berita harian Online seorang pelakon yang pernah membintangi drama bersiri opah dulu muka jadi berubah. Bila tengok tu memang jadi lain & pelik dari wajah dia yang dulu. Tak tau la lepas ambil suntikan kolagen untuk menghilangkan parut bekas kesan luka sebab kemalangan ke hapa. Clik nak baca artikel berita harian dia just buat caption macam tu je. Tak tau silap kat celah mana muka dia jadi macam tu sebab nak baca berita selanjutnya BH online ni nak kena register bagai. Dah register pun tak boleh nak baca jugak katanya. hehehe. Kedekut sungguh.
sebab tu la nak buat apa2 atau ambil apa2 produk terutama yang memerlukan suntikan ni kena berurusan dengan mereka yang ada kelayakkan dalam bidang tu. Bukan kelayakkan palsu yer.. Sebab tu kena merujuk ke hospital atau klinik yang sah. Kalau setakat dekat salon2 kecantikkan tak payah ambil risiko sangat la. Kalau jadi apa2 kat muka hangpa dah tak berguna.
Apapun beliau seorang pelakon yang hebat semasa membintangi drama Opah dulu. Drama tu pun memang ada peminatnya tersendiri & menjadi tontonan ramai waktu tu.
Moral of the story.. Apapun bersyukur dengan apa yang Tuhan Jadikan dengan wajah kita menyelamatkan kita dari melakukan kerosakkan pada wajah sendiri. Bersyukur tu tak semestinya biar je sampai face wash pun kau malas nak pakai. Bersyukur ada kita jaga sebaik baiknya wajah kurniaan Allah ni agar sentiasa elok bukan mengubahkan mengikut kehendak sendiri. Lukisan Allah pada wajah kita adalah sebaik baiknya.
Sumber asal:blogr.my
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih