Perbetul Apa Sahaja Yang Tak Kena Dalam Keluarga UMNO Sendiri

Najib Tun Razak

Perbetul Apa Sahaja Yang Tak Kena Dalam Keluarga UMNO Sendiri

Published on Aug 14, 2016 in Politik/Terkini

KOTA TINGGI Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru anggota UMNO supaya terus mempertahankan parti keramat itu, malah turut mengingatkan mereka agar memperbetulkan apa sahaja yang tidak kena dengan parti dalam lingkungan keluarga UMNO sendiri.

Perdana menteri dan presiden UMNO itu berkata tiada pilihan lain bagi anggota UMNO sebagai pejuang parti untuk mempertahankan parti itu sendiri dalam memastikan kelangsungan perjuangan martabat orang Melayu pada masa akan datang.

Ibarat kita dalam sebuah rumah, kalau tidak kena perabot, kita boleh ganti, kita boleh alih perabot itu. Kalau ada pinggan-mangkuk yang sumbing, kita boleh beli yang baharu. Kalau ada langsir yang robek, kita boleh ganti dengan langsir yang baharu.

Tetapi kalau kita ni membakar rumah UMNO ini, di mana kita nak cari tempat kita hendak berteduh? Datuk Seri (Mohamed Khaled Nordin) baca pantun tadi, kalau UMNO tersungkur, di mana orang Melayu nak berteduh? Maknanya, kalau UMNO mati, rumah UMNO ini kita binasakan, di mana kita nak bernaung, di mana kita nak bergantung harapan? Jawabnya tiada, kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dataran Sedili Besar, Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Najib berkata sebagai presiden parti, beliau sentiasa berjiwa besar dan sebagai contoh, pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, beliau mengambil langkah menghulurkan tangan perdamaian dan tangan perpaduan tetapi malangnya tidak disambut.

Malah, beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu UMNO memilih jalan lain yang bertentangan dengan wadah perjuangan parti UMNO.

Sebab (itu) kita perlu UMNO sebagai sebuah parti yang menyatupadukan orang Melayu, roh perjuangan kita lahir di perkarangan tangga Istana Besar Johor Baharu, bukan calang-calang tempat, kerana kita meniupkan roh semangat perjuangan nak menyatupadukan orang Melayu, nak meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara, kata beliau.

Najib turut menyelar parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang bercadang untuk bekerjasama dengan DAP, yang sama sekali tidak pernah menyokong perjuangan atas nama pribumi dan hak Bumiputera.

Malah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dalam UMNO sendiri telah menyelar mereka sebagai parti anti-Islam, anti-Melayu, cauvinis. Mereka telah menyatakan dengan jelas, ayat itu keluar daripada mulut mereka sendiri waktu mereka dalam UMNO, maka jelaslah bahawa hari ini mereka cakap lain.

Macam mana Parti Pribumi nak bekerjasama dengan parti DAP yang terang-terangan tidak menyokong perjuangan atas memartabatkan bangsa, agama dan tanah air.

Di mana soal Peruntukan 153 dalam Perlembagaan Hak Istimewa Orang Melayu, di mana letak pendirian mereka dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam di bumi yang bertuah ini, di mana perjuangan mereka untuk mempertahankan institusi diraja-raja Melayu dan sebagainya. Jelas, tidak ada, kata Najib.

Justeru, presiden UMNO yakin bahawa anggota UMNO, termasuk UMNO Johor, akan mempertingkatkan usaha untuk menaikkan semangat agar Johor muncul sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ikrar sahaja tidak cukup, seperti kata menteri besar tadi, ia mesti ada perancangan. Mesti ada usaha dan mesti ada kebersamaan. Saya yakin tiada sebab mengapa Johor tidak boleh pertahan sebagai kubu kuat, kata Najib.

Najib, yang merupakan perdana menteri pertama yang menjejakkan kaki ke Kampung Sedili Besar, turut mengumumkan kelulusan peruntukan melebar dan meluruskan jalan masuk ke kampung berkenaan untuk keselesaan masyarakat setempat.

Lebih 1,000 anggota UMNO dan penduduk setempat menunggu seawal 7 pagi untuk menyambut ketibaan presiden UMNO itu.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri merangkap Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi Datuk Daing A Malek Daing A Rahman. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Najib Tun RazakUMNO

Anda Juga Mungkin Berminat

Najib Tun Razak Aug 13, 2016

UMNO Tak Dilahirkan Daripada Kebencian, Kekecewaan

JELEBU UMNO bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas dasar menolak pemimpin,

Gunakan Saluran Betul Untuk Luahkan Pandangan Aug 7, 2016

Faktor Kekuatan Membolehkan UMNO Kekal Hingga Kini

LUMUT Kekuatan UMNO membolehkan parti keramat orang Melayu itu terus kekal sehingga hari ini berbanding

Komplot Jatuhkan Najib, 3 Individu Berpengaruh Didedah Jul 26, 2016

Komplot Jatuhkan Najib, 3 Individu Berpengaruh Didedah

KUALA LUMPUR Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadapbeberapa individu berpengaruh

iklan bisnes rakyat KLIK SINIlaman santai4KPWKMskmm

Post navigation

Previous Story Previous post: TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak Buta Di Stadium Larkin

Terkini dari Politik

Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Aug 13, 2016

Sumbangan UMNO Untuk Islam Banyak, Tapi Tak Disedari

BESUT UMNO adalah parti yang paling banyak menyumbang dalam membangunkan agama Keahlian UMNO Kedah Gugur Jika Sertai Parti Lain Aug 13, 2016

Keahlian UMNO Kedah Gugur Jika Sertai Parti Lain

JITRA Keahlian anggota UMNO Kedah akan digugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Najib Tun Razak Aug 13, 2016

UMNO Tak Dilahirkan Daripada Kebencian, Kekecewaan

JELEBU UMNO bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PAS-Ikatan Aug 13, 2016

Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PAS-Ikatan

SEKIRANYA dahulu mereka hanya dipanggil sebagai Blok Ketiga; hanya semata-mata untuk membezakan Johari Baharom Aug 13, 2016

Ahli UMNO Berpihak Kepada Mukhriz Boleh Keluar Parti

JITRA AhliUMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my

Kategori

  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih