Suspek Kes Bunuh Ditahan

2e0D1lL

KUALA TERENGGANU – Suspek kes bunuh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di kawasan parkir Kompleks Seri Iman, Ahad lalu, ditahan polis tengah hari tadi, lapor Harian Metro.

Mohd Hafiz ditahan di tepi jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Tepoh, Jalan Jeram, Manir, oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu yang melakukan operasi di kawasan berkenaan.

Polis juga turut menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Suspek akan ditahan reman selepas bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian Ahad lalu jam 11.30 pagi, mangsa, Muhamad Shukri Husin, 34, mati ditikam oleh bakal adik ipar setelah statusnya perkahwinannya terbongkar selepas mangsa dan adik perempuannya, Azlina Husin membuat semakan di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). – The Reporter

Artikel berkaitan:

  • Lelaki Mati Dibunuh Bakal Adik Ipar
  • Tak Sangka Dia Tergamak Bertindak Sedemikian

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts