SELAMAT JALAN SAYANG PUNCA SEBENAR WANITA MAUT TERCEKIK DAGING KORBAN MASAK SALAI

Image result for punca sebenar wanita maut tercekik daging korban

ALOR SETAR, 15 Sept Seorang wanita berusia 25 tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai akibat tercekik daging salai di rumahnya di Kampung Bukit Raya Dalam di sini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam itu, mangsa, Nur Azimah Abdullah Alharith bersama anggota keluarga lain sedang menikmati daging korban yang dimasak salai sebelum mengadu sesak nafas dipercayai akibat tercekik.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pendang Norlizawati Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.53 petang daripada keluarga meminta bantuan menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, sebaik pihaknya tiba lima minit kemudian, mangsa sudah tidak sedarkan diri namun masih bernyawa.

Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts