Pada hujung tahun ini aku dan ahli keluarga ku telah merancang untuk melakukan hari keluarga iaitu percutian bersama semua ahli keluarga. Untuk tujuan ini kami semua telah sepakat untuk memilih Port Dickson sebagai tempat percutian tahun ni. Oleh itu, aku telah melakukan sedikit survey mengenai tempat menarik di Port Dickson supaya dapat memberi sedikit sebanyak info sempena percutian tahun ni.
Kenapa kami memilih Port Dickson sebagai tempat percutian? Kerana kebanyakan antara ahli keluarga aku ni bekerja dan menetap di Kuala Lumpur. Untuk memudahkan perjalanan, menjimatkan masa perjalanan, dan mengurangkan tahap kepenatan kami telah memilih untuk bercuti di Port Dickson sahaja walhal pada mulanya pihak penaja mencadangkan pergi ke Pulau Langkawi.
Jadi setelah membuat sedikit penyelidikan, aku telah merumuskan 5 tempat menarik di Port Dickson yang perlu di lawati sekiranya bercuti bersama keluarga. Jom kita tengok di mana tempat menarik di Port Dickson ni….
5 Tempat Menarik Di Port Dickson
1. Pantai Teluk Kemang
Ini merupakan pantai yang paling popular di kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong luar kerana keindahan dan kebersihan pantai. Kemudahan dan fasiliti yang ada lebih terjaga dengan baik berbdanding pantai berhampirannya tidak hairan lah kebanyakan pelancong akan datang ke Pantai Teluk Kemang ini untuk bercuti.
Selain itu, pantai ini juga mempunyai banyak permainan yang boleh kita cuba dan bermain bersama keluarga. Contoh permainan yang ada ialah berkayak, banana boat ride, buggy ride naik daripada tepi pantai, speed boat, jetski, bola tampar pantai, dan banyak lagi. Tidak hairanlah Pantai Teluk Kemang menjadi salah satu tempat menarik di Port Dickson ni.
2. Alive 3D Art Gallery
Ini merupakan satu daya tarikan baru untuk pelancong yang datang ke Port Dickson. Jarak dari PD tidaklah terlalu jauh dan sememangnya bagi yang suka bergambar 3D boleh datang ke sini untuk tangkap seberapa banyak gambar yang korang suka.
Berkonsepkan 3D Art, Galeri 3D ni telah di bina di dalam rumah kedai supaya kelihatan lebih unik. Parking kereta? Setakat hari ni masih tak ada masalah lagi bab parking kereta di sini kerana masih banyak parking lot disediakan. Mengikut kajian aku, kalau datang pada hari minggu atau cuti sekolah, memang beratur panjang untuk membeli tiket. Kalau hari biasa tak terlalu ramai orang sangat la kot.
Fasiliti yang ada dalam bangunan 3D Art Gallery ni adalah tandas di setiap aras. Cuma ada tangga yang menghubungkan setiap tingkat, so kalau ada bawak anak kecik tu penat la nak turun naik tangga. Tapi memang best masuk ke 3D Art Gallery ni sebab itu lah ia juga menjadi salah satu tempat menarik di Port Dickson ni.
Alamat : Alive 3D Art Gallery,
No 38-40, Jalan DS 2/1,
Bandar Dataran Segar, Lukut,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Hubungi :
Office : +606-651 5400
Buka : setiap hari dari 11 a.m. hingga 11 p.m.
Harga tiket : Dewasa RM20, Kanak-kanak RM15
3. PD Ostrich Show Farm
Mengikut kajian yang aku lakukan, tidak sah kalau bercuti bersama keluarga membawa anak² tidak datang ke PD Ostrich Show Farm ini. Jaraknya tidak lah terlalu jauh dari Pantai Teluk Kemang. Selain Ostrich, di PD Ostrich Show Farm ini juga terdapat haiwan lain seperti, kedai, unta, kambing, pelbagai jenis arnab, angsa, ayam belanda, itik dan banyak lagi.
Yang pastinya kalau membawa anak² datang ke sini mesti mereka seronok melihat haiwan² ini. Selain memberi makan kepada Ostrich, terdapat pelbagai aktiviti lain yang disediakan seperti menunggang ostrich, berlumba dengan ostrich, memanah dan berbagai-bagai lagi aktiviti outdoor seperti ATV rides. Oleh itu, PD Ostrich Show Farm juga menjadi salah satu tempat menarik di Port Dickson yang mesti di lawati jika datang ke sini.
Alamat : PD Ostrich Show Farm,
Lot 1419, Jalan Kemang 13,
Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
Hubugi :
Office : +606-6627496
Fax : +606-6625919
Email : ostrich@9wondersofpd.com
4. PD Waterfront
Terletak berhadapan dengan Pulau Arang, Negeri Sembilan. PD Waterfront merupakan tempat riadah bagi warga setempat. Aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah seperti bermain layang-layang, dan beriadah bersama keluarga.
Jika datang untuk berbulan madu, disini adalah salah satu tempat yang romantik ketika waktu petang untuk melihat matahari terbenam. Menjadi pilihan ramai pelancong untuk bersantai di tepi pantai PD Waterfront ini. Di kawasan ini juga terdapat banyak hotel dan resort yang sesuai menjadi tempat penginapan para pelancong. Ini telah menjadikan PD Waterfront salah satu tempat menarik di Port Dickson ini.
5. Rumah Api Tanjung Tuan dan Blue Lagoon
Berpisah tiada, begitulah perumpamaan yang dapat aku gambarkan mengenai rumah api Tanjung Tuan dan Blue Lagoon. Jika korang sukakan pada privacy dan nak rileks tepi pantai yang tak ramai sangat orang, pantai di Blue Lagoon ini lah tempat yang paling sesuai. Selain korang boleh rileks menikmati pemandangan pantai, aktiviti berkayak juga di sediakan di Blue Lagoon ini.
Rumah Api Tanjung Tuan merupakan daya tarikan pelancong untuk datang ke Blue Lagoon ni. Pemandangan di atas puncak rumah api ini sungguh memukau pandangan. Sebelum memanjat pastikan gunakan kasut yang bersesuaian kalau tak nak kaki tu melecet..hihi
Pemandangan yang indah dengan pantai yang cantik menjadikan rumah api Tanjung Tuan dan pantai Blue Lagoon menjadi tempat menarik di Port Dickson yang wajib di lawati jika datang ke sini.
Aku rasa cukup la 5 tempat menarik ni. Ni pun kalau sempat aku dan keluarga aku nak pergi. Tu belum termasuk dengan aktiviti bersukannye lagi tu. Mesti ada aktiviti tepi pantai ni. Kalau tak ada rugi jela buat hari keluarga kan..hihi. Aku harap percutian kami ni adalah percutian yang best dapat rileks kan minda dan buang segala stress kerja yang ada.
Aku harap dengan perkongsian aku ni juga dapat membantu korang yang belum jumpa dan tak nampak lagi tempat menarik di Port Dickson ni. Semoga kita semua dapat manfaat daripada perkongsian ini. Jangan malu² nak share dengan kawan², ahli keluarga dan sahabat handai mengenai tempat percutian ni jika korang rasa ia seronok.