Pertahan Diri, Isteri Pukul Zakar Suami Guna Payung

PEGAWAI polis di London mengesahkan telah menahan seorang wanita yang dipercayai bersalah atas tuduhan mencederakan suaminya dengan menggunakan cara cukup pelik iaitu sekaki payung.

Suspek  bernama Vianey Manzanillo De La Cruz yang juga merupakan seorang doktor itu dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan bersama suaminya, Alexandre Dabanad sebelum menyerang mangsa.
Menurut media Britain, pergelutan antara pasangan itu membawa kepada kemudaratan teruk yang berjaya menyebabkan batang kemaluan Alexander cedera akibat dipukul dengan menggunakan sekaki payung.
VIANEY DAN ALEXANDER
Mengikut laporan pada Rabu lalu, Vianey mengaku telah menyebabkan kecederaan terhadap zakar Alexander, tetapi berkata dia hanya bertindak untuk mempertahankan dirinya.
Berdasarkan rekod jenayah di balai polis, pasangan tersebut dipercayai mabuk sebelum bergaduh di atas katil di rumah mereka.
Selepas pergaduhan mereka memuncak, Vianey mengambil sekaki payung dan mengacukan sebilah pisau ke arah Alexander.

Alexander kemudian mengheret isterinya keluar rumah dan ketika mahu menyelamatkan dirinya, Vianey telah memukul kemaluan suaminya menggunakan payung yang kebetulan berada di tangannya.
Alexander telah dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. -MYNEWSHUB.CC

Related Posts