Rasanya tak perlu lagi kami di sini untuk perkenalkan artis tanah air kita yang kini sedang meningkat naik, Ayda Jebat. Mempunyai penyokong dan peminat yang ramai terutama @ajscreamer, Ayda Jebat memiliki kekuatan tersendiri untuk terus bersinar di pentas hiburan.
Bukan setakat memiliki rupa paras yang cantik dan comel, setiap apa yang dilakukannya mendapat respon positif daripada peminat walaupun mungkin ada sebilangan yang tidak menggemarinya, “Ayda Jebat Tidak Kisah Dilabel Gedik“.
Selongkar punya selongkar ternampak satu gambar bersih lagi suci dari Instagram miliknya. Dikhabarkan, gambar itu diambil sewaktu masih di zaman persekolahan, tingkatan 3.
Gambar yang dimuat naik di Instagram milik Ayda Jebat
“Sebab dah janji nak upload gambar masa sekolah! Jumpa ni! Form 3! Jangan gelak! Ok siapa nak cerita apa yang best jadi masa awak sekolah dulu?! Hehe
Paling best ofcoz la bila ramai cikgu practical baru masuk,masing-masing nak usha lagi2 cikgu pj helok..”
Nampak tak muka dari muda sehingga kini yang agak berusia masih maintan comel. Haha. Tapi kan kalau tengok Ayda Jebat ni dengan berhijab memang manis ayu sangat kan.
Semoga Ayda Jebat terus sukses dalam kerjaya. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.
Sumber : http://www.gosipmalaysia.com/