Panas! Ini jawapan Nor Albaniah Bila Dikecam Berbikini Di Tepi Pantai


Pelakon popular sekitar era 90-an yang mencecah hampir setengah abad berani tampil berbikini menampakkan sebahagian perutnya yang terdedah ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini. 

Nor Albaniah 40-an, yang terkenal dengan filem Adik, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir ini tidak memandang serius dengan pihak tertentu yang mengkritiknya berpenampilan seksi kerana baginya penampilannya itu tidaklah terlalu seksi. Tambahannya lagi dia cuma menjadi diri sendiri. 

"Saya menang jenis begini. Mengapa perlu saya menipu orang lain dengan menjadi seseorang yang bukan diri sebenar"

“Saya tidak kisah orang nak kata apa kerana saya sendiri yang mengharungi hidup ini, bukan mereka. Kalau mereka ingin mengata, biarkan sahaja,” katanya dalam satu wawancara disiarkan Kosmo!