Kasih Ibu Yang Terus Dipisahkan Dari Anaknya - #FightForFatteh

Assalamualaikum..


Okay sebelum apa apa, aku bagitahu dulu yang aku akan buka aib orang. Tak suka? Ok sila click X kat tab atas tu atau kalau baca pakai handphone boleh click Back. Tak nak ada yang pertikaikan apa yang aku buat. Selagi kau tak ada kat tempat aku, kau boleh cakap apa sahaja. Apa sahaja yang kau nak.

Aku tahu korang ada yang tak faham apa jadi sebenarnya. Kenapa anak tak ada dengan aku? Kenapa anak dengan bapak dia (aku rasa nak sebut 'laki aku' tu macam pedih plak so excuse me). Dan apa sebenarnya jadi? Bapak Fatteh halang aku jumpa Fatteh ke? Kenapa aku nak cerai?

Sebenarnya aku dah cerita sikit haritu. Tapi ramai tak percaya. So tak apa. Aku okay je. Aku tak raih simpati. Aku cuma meluah rasa hati. Sebab ramai kata 'KAMI KENAL MEREKA' Padahal 'kami' tu orang luar je pun. Meh aku share sikit dari 'kenalan rapat' yang sememangnya RAPAT tau. Kenal mereka dari sebelum wujudnya bapa Fatteh tu sendiri. If you know what I mean.










Okay dah baca? So kau rasa apa? Ni bukan aku yang kata tau. Orang yang kata SUMPAH DEMI ALLAH. Aku dah dengar macam macam cerita. Dari pelbagai pihak, keluarga rapat, keluarga jauh, orang luar, orang yang kenal, orang tak kenal.. Semua contact aku berpusu pusu. Semua kata dia tak percaya apa jadi kat aku. Tapi bila aku cerita sikit je, mereka akhirnya akur dan katakan ye, itulah mereka.

Memang bapa Fatteh tu anak Imam. Alhamdulillah aku berkahwin dengan anak imam. Syukur gila dulu. Harapan dengan hantaran yang family aku minta Senaskah Al Quran dan Set Telekung Sejadah tu akan digunakan untuk membimbing aku. Aku tak membongak betapa bersungguhnya aku nak pakai tudung labuh lepas kahwin. Tapi.. Semua tu terbantut bila apa aku harapkan tak jadi apa.

Oklah. Aku malas nak cerita lagi. Nak tahu apa kenapa semua boleh tengok sendiri FB aku. Semua public. Tak ada private.

Harini, aku dapat panggilan dari lawyer atas perintah mahkamah untuk ambil Fatteh immediately. Aku terus call bos aku bagitahu aku nak half day harini sebab nak ambil Fatteh. Perasaan aku tak payah dicerita. Memang aku niat kalau bapa Fatteh bagi aku ambil Fatteh, aku sendiri akan datang kat dia peluk dan cakap terima kasih dan semestinya aku akan clearkan semua tentang dia. Itu yang aku akan buat.

Aku pergi tadi di escort abang abang polis, lawyer, penguatkuasa dan beberapa orang dari Jabatan Agama Islam dan kawan baik aku sebagai saksi keramat. Alhamdulillah.. Semua bekerjasama dengan baik. Terima kasih Tuan, Puan, Cik, dan Encik.. Moga Allah rahmati kalian.

Aku sampai kat rumah bapa Fatteh tu, tapi tak ada sesiapa. Hanya ada anak aku yang sedang dijaga oleh bibik dan anak sedara dua orang. Aku nampak Fatteh dalam buaian, tapi aku tengok je. Aku tak cakap apa apa. Aku cuma tanya mana bapa Fatteh? Bibik jawab pergi uruskan jenazah. So aku minta anak sedara sorang tu call bapa Fatteh untuk balik selesaikan perkara ni lah..

Aku pergi kat Fatteh dalam buai tengah tidur.. Aku punya takut nak ambil Fatteh, sampai aku tanya lawyer "Puan, boleh saya ambil Fatteh?" Beramai ramai kata ambillah peluk, anak kau tu kan. Peluk jangan lepas. Aku angkat Fatteh, aku peluk.. Aku cium. Lama.. Airmata aku mengalir sekali lalu. Aku bisik kat Fatteh "Mama kuat untuk Fatteh"





Dan dia balik. Aku nampak raut wajah bengis dia yang ditahan tahan tu. Aku cuma diam. Memandang dia sayu. Ntah apa ada dalam kepala otak aku waktu tu cuma aku je yang tahu. Aku tak putus doa supaya bapa Fatteh bagi Fatteh kat aku.

Dan lawyer suarakan saman pada bapa Fatteh. Serta tuntutan fasakh semua. Aku cuma diam kat tepi ditemankan kawan baik aku tulah. Dan datang pula kakak bapa Fatteh, dan atuk Fatteh. Membantah. Bantah keras keras.

Mereka kata aku abaikan anak.. Aku tak datang tengok anak. Aku tak datang susukan anak.

Ye. Aku memang tak datang.

Selepas Atuk Fatteh tengking aku, dan katakan "Aku akan pastikan Aqib gantung kau tak bertali biar kau tak kahwin sampai tua. Aqib tak ceraikan kau, dia boleh kahwin lain. Laki boleh kahwin 4. Tak susah. Kau?"

Dan

Selepas Nenek Fatteh maki aku, dan katakan "Perempuan bodoh macam kau ni Ayu tak payah bawa bincang. Gila meroyan kau ni"

Itu cukup terkesan. Maruah aku dah kat tapak kaki. Dan sebab tu aku tak sanggup maruah aku dipijak lagi bila pergi ke rumah sana semata untuk susukan Fatteh.

Oklah. Aku tahu korang tak percaya. Eh Imam, uruskan orang mati, takkan perangai macam tu? Ye. Aku pun tak percaya. Tapi cukuplah tadi semua ada.

Atuk Fatteh tolak secara kuat kat kawan baik aku, dan ye, tangan dia dah tinggi, aku nampak, kawan baik aku nampak, dan semua nampak. Dan kawan baik aku diheret, sampai ke pintu rumah, ditolak lagi kat tangga (nasib baik tak jatuh). Dan disaksikan oleh semua orang.

Kami semua cakap secara baik, dan dibalas dengan HERDIKAN dan TINGGI SUARA. Semua geleng kepala tak percaya. Aku? Aku pujuk Fatteh sebab dia merengek. Aku rasa dia takut dengar orang jerit jerit.

Dan bila Atuk Fatteh kata aku tak pedulikan anak, dan tak susukan anak, aku terus berdiri tegak. Aku kuatkan suara dan kata "ENCIK JANGAN FITNAH SAYA. SAYA DATANG SUSUKAN ANAK SAYA SELAMA NI" dan bapa Fatteh yang soleh ni menyampuk 'Bila last awak datang? Ada awak tanya pasal anak? Ada awak nak datang?'

Hello. Hello. Hello.

After maruah aku ditapak kaki neraka tu, kau expect apa?

Aku hantar message tanya pasal Fatteh kau tak reply. Fatteh majlis akikah, AKU TAK TAHU PUN. Orang call aku tanya aku tahu tak malam tu ada majlis akikah? Aku diam. Aku tunggu untuk diberitahu. Sampaikan apa? Kau tengok bawah ni.. Dah masuk FB pun. Masih tak diberitahu.



Aku ni mama Fatteh. Perut aku ni boyot boyot bawa anak pergi makeup orang. Yang hasilnya lepastu pergi kat perut kau juga. Kau rasa aku rasa apa? Saja nak buat aku meroyan? Kalau itu niat kau, aku minta maaf, tak jadi.. Sebab aku kuat. Bukan perempuan lembik. Kalau setakat boleh je tadah telinga Mak kau sumpah aku patah kaki bawa motor scrambler, apatah lagi kalau kau berniat nak torture aku pasal Fatteh, aku okay jelah. Sebab aku dah kuat. Dah biasa kena torture dengan kau dengan family kau tu.

Aku dah tak payah susah susah nak tegakkan pembaris yang sememangnya lurus. Sebab orang semua nampak. Aku kena serang. Aku kena maki. Orang kena maki. Semua nampak. Aku okay je.

Walaupun bapak kau hina keluarga aku takde ilmu agama, aku kagum dengan family aku yang sentiasa hormat orang tua dan masih berbudi bahasa. Kau? Aku boleh petik siapa kat sini yang betul betul kata family kau ni sejenis family aku. Eh termarah pula. *Tarik nafas* *Hembus* Okay. So.. back to the story.

Selepas lawyer dah suarakan secara baik.. Dan penguatkuasa semua dah berbincang secara baik.. Akhirnya, bapa Fatteh tetap tak bagi aku ambil Fatteh.. Sekian.

Doakanlah urusan selepas ni dimudahkan. Dan doakan sekali supaya mereka berakal sikit. Kesian anak aku tu jadi rebutan. Dah lah waktu dalam perut takde orang sayang. Hmph.



- AYU AZIZ -