Anggota UMNO Jangan Leka Dengan Kuasa Dipegang BN

Tan Sri Noh Omar

Anggota UMNO Jangan Leka Dengan Kuasa Dipegang BN

Published on Aug 21, 2016 in Politik/Terkini

KUANTAN Anggota dan pemimpin UMNO diingatkan jangan leka dan selesa dengan kuasa dipegang Barisan Nasional (BN) masa kini, sebaliknya perlu memperkukuhkan perpaduan dan berjuang dengan ikhlas untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Tan Sri Noh Omar ketika memberikan peringatan itu berkata UMNO perlu mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Selangor apabila parti itu dan BN hilang kuasa kerana terlalu selesa dengan kemenangan diraih dalam PRU 2004.

Semasa PRU 2004, kita di Selangor menang besar dengan menyapu bersih 22 kawasan Parlimen dan 54 daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini menyebabkan kita selesa dan yakin akan terus memegang kuasa di Selangor.

Tetapi apabila berlaku tsunami politik pada PRU 2008, kita kecundang dan hanya mampu menang 20 kawasan DUN. Apabila PRU 2013 daripada 20 kerusi yang kita ada di DUN, kita kalah lagi dan hanya tinggal 12 kerusi sekaligus membolehkan pembangkang memperoleh dua pertiga majoriti untuk memimpin Selangor, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar di sini malam tadi. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Ketua Pemuda UMNO bahagian Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Puteri bahagian Faridah Mat Firu.

Akibat kehilangan kuasa, Noh berkata UMNO dan BN kini diperlakukan seperti pengemis di bumi Selangor walaupun kemajuan dan pembangunan yang ada di negeri itu dilakukan semasa BN menjadi pentadbir di negeri itu.

Kita buat dewan, buat balai raya selama memerintah, namun apabila kita kalah kita jadi pengemis. Nak minta guna dewan pun tak dapat, walaupun sudah tempah awal, saat-saat akhir mesti akan batal sehingga hendak buat jamuan hari raya pun tidak dapat, katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, amat sukar bagi UMNO dan BN untuk mencapai kemenangan jika anggota parti terus bertelingkah dan tidak menunjukkan taat setia kepada pucuk pimpinan parti. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Noh OmarUMNO

Anda Juga Mungkin Berminat

Kekuatan UMNO Besut Perlu Dijadikan Contoh & Inspirasi Aug 20, 2016

Kekuatan UMNO Besut Perlu Dijadikan Contoh & Inspirasi

BESUT Kejayaan UMNO Bahagian Besut yang merekodkan pencapaian cemerlang dalam pilihan raya umum lalu perlu

Jangan Alpa, Pandang Remeh Penubuhan Parti Baharu Aug 19, 2016

Jangan Alpa, Pandang Remeh Penubuhan Parti Baharu

HULU TERENGGANU Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Jailani Johari mengingatkan anggota dan pemimpin

Perbetul Segala Yang Tak Kena Dalam UMNO Sendiri Aug 14, 2016

Perbetulkan Segala Yang Tak Kena Dalam UMNO Sendiri

KOTA TINGGI Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru anggota UMNO supaya terus mempertahankan

bisnes rakyat ivKPWKMKPTM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Tinggalkan Isteri Kerana Jatuh Cinta Dengan Mak Mertua

Terkini dari Politik

Datuk Bung Moktar Radin Aug 21, 2016

Bung Moktar Beri Keterangan Bantu Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah selesai mengambil Pemimpin UMNO, BN Sabah Perlu Sentiasa Dekati Rakyat Aug 20, 2016

Pemimpin UMNO, BN Sabah Perlu Sentiasa Dekati Rakyat

PUTATAN Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah diingatkan supaya sentiasa Kekuatan UMNO Besut Perlu Dijadikan Contoh & Inspirasi Aug 20, 2016

Kekuatan UMNO Besut Perlu Dijadikan Contoh & Inspirasi

BESUT Kejayaan UMNO Bahagian Besut yang merekodkan pencapaian cemerlang dalam pilihan UMNO Tumpat Akan Jadi 'Kawan' PM Najib Selama-Lamanya Aug 20, 2016

UMNO Tumpat Akan Jadi Kawan PM Najib Selama-Lamanya

TUMPAT UMNO Bahagian Tumpat akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Niat Pribumi, Perkasa 'Rampas' Parti Berjasa Gagal Aug 20, 2016

Hasrat Pribumi, Perkasa Rampas Parti Berjasa Gagal

BELUM pun cukup sebulan permohonan parti baharu ciptaan Tun Mahathir Mohamad diserahkan

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts