Akim Ahmad Sahkan Stacy Sedang Hamil

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi terkenal Stacy yang kini dilaporkan sedang hamil anak pertama.

Berita gembira itu disahkan sendiri suaminya, Akim Ahmad yang juga vokalis kumpulan The Majistret menerusi laman Instagramnya, malam tadi.

Akim berkongsikan berita gembira itu buat kali pertma kepada umum sempena hari jadi Stacy yang ke-26.

Untitled

Selamat ulang tahun kepada isteriku tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.

Semoga di hari ulang tahun isteriku ini baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini,tulisnya.

?cb=1470712706&a=2398&e=8760

Pasangan kelahiran Akademi Fantasia (AF) ini diijab kabulkan pada 5 Februari lalu.

Stacy juga mempunyai seorang anak angkat yang diberi nama Bella. MYNEWSHUB.CC

Sumber: berita-harian

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts