TAKZIAH ALFATIHAHPenyanyi pop legenda Eddy Silitonga meninggal dunia sebentar tadi

TAKZIAH!! AL-FATIHAH..Penyanyi pop legenda, Eddy Silitonga meninggal dunia sebentar tadi..


sikitibg.transformed.jpg



JAKARTA: Penyanyi pop legenda Indonesia, Eddy Silitonga, 65, meninggal dunia pada kira-kira jam 12.05 tengah malam semalam.

“Ya, beliau meninggal dunia pada jam 00:05 [a.m.],” kata salah seorang anak lelaki Eddy, Mario.

Eddy terkenal dengan lagu Bunga Tanjung dalam kalangan peminat di Malaysia.

Dua minggu lalu, penyanyi kelahiran Pematang Siantar itu dibawa ke sebuah hospital di Jakarta Selatan kerana mengalami masalah pernafasan dan kadar gula dalam darah yang rendah.

Eddy turut mengalami masalah jantung dan kencing manis.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Mama dan Ayah dilaporkan meninggal dunia pada 11 Ogos.

Bagaimanapun, ahli keluarganya membuat penafian dengan berkata, Eddy masih dalam keadaan baik.

Majlis pengebumian dijangka diadakan pada Sabtu ini di Tanah Perkuburan Kristian di Jakarta Selatan. – Agensi

Sumber: gelakhati

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih