7 Buah-buahan Ini Mampu Mengurangkan Kolesterol

Tingginya kadar kolesterol dalam darah lama-kelamaan akan menyebabkan lemak menumpuk dan mengeras di dalam saluran urat, yang akan menyempitkan pembuluh darah sehingga tidak mengalir dengan lancar.

Buah Kurangkan Kolesterol

Penyempitan pembuluh darah inilah yang meningkatkan risiko seseorang terkena serangan jantung atau stroke.

Buah-buahan mengandungi serat yang larut air yang dapat mengikat asid hempedu, sehingga dapat menurunkan penyerapan lemak dan kolesterol dalam darah.

Selain serat, buah-buahan juga mengandungi zat-zat kimia yang dapat meningkatkan kadar kolesterol baik HDL, yang membantu memlancarkan aliran darah dan mencegah terjadinya penyakit jantung.

Berikut adalah 7 jenis buah-buahan yang mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah.

1. Epal

Serat larut yang ada dalam epal mampu mengikat lemak yang ada dalam usus, seterusnya mengelak penyerapan kolesterol yang tinggi ke dalam tubuh.

Bahan yang terdapat pada kulit epal boleh membantu menyihatkan jantung kerana ia me­ngelak pembentukan plak kolesterol pada dinding arteri (salur darah), seterusnya melancarkan peredaran darah ke jantung.

Apabila kandungan kolesterol menurun dalam tubuh, secara tidak langsung dapat mengelak pembentukan batu hempedu.

Selalunya masalah batu karang banyak berlaku pada golongan yang mengalami kegemukan melampau.

Batu hempedu terbentuk apabila terdapat terlalu banyak kolesterol dalam pundi hempedu dan ia bertukar menjadi pepejal.

2. Avocado (Buah Lemak)

Pengambilan avokado sebagai diet harian boleh membantu mengawal kadar tekanan darah sekali gus mengelak masalah jantung, strok dan buah pinggang.

Ini kerana, avokado memiliki kadar potasium yang sangat tinggi. Setiap 100 gram sajian avokado mengandungi empat peratus lebih potasium berbanding buah pisang yang sangat popular sebagai buah penuh nutrisi.

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik, yang membantu mengawal tahap homocysteine yang sering ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

3. Pear

Pear termasuk buah yang tinggi serat dan sebiji buah pear membekalkan 16% keperluan serat harian. Bahkan, nilai serat buah pear lebih tinggi daripada epal.

Jenis serat yang terdapat dalam pear adalah Pektin, yang mampu mengikat kolesterol dan mengangkutnya keluar dari tubuh sehingga kadar kolesterol jahat LDL dalam tubuh boleh menurun.

4. Berries (strawberry, blueberry, cranberry)

Keluarga buah beri kaya kandungan pektin, serat larut air yang dapat mengikat kolesterol yang terserap di usus, sehingga kadar kolesterol jahat menurun dan digantikan dengan kolesterol baik HDL.

Dalam satu kajian terhadap 72 subjek yang memiliki faktor risiko penyakit kardiovaskular menunjukan bahawa, pengambilan 2 hidangan buah berry sehari (1 hidangan selepas makan siang, 1 hidangan selepas makan malam), dapat meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dan menurunkan tekanan darah sistolik.

Dengan subjek 16 wanita, asupan rutin buah berry berjaya menurunkan kadar kolestrol LDL dalam tempoh 4 minggu.

Selain itu, buah-buahan berry ini juga tinggi polifenol, antioksidan yang baik dalam tubuh.

5. Anggur

Sama dengan buah yang lain, anggur juga kaya serat larut air yang dapat mengikat kolesterol yang terserap di usus.

Kajian menunjukan bahawa anggur memiliki zat antioksidan tinggi, terutama anggur merah.

Antioksidan dapat membantu meningkatkan kolestrol HDL dan menurunkan kolesterol jahat LDL serta trigliserida dalam darah.

Itu sebabnya anggur menjadi pilihan yang sangat baik untuk orang-orang yang memiliki aterosklerosis koroner.

Antioksidan quercetin yang hadir dalam anggur juga dapat melawan peradangan di dalam tubuh.

6. Papaya (Betik)

Papaya merupakan buah penurun kolesterol HDL yang juga tinggi antioksidan seperti likopen, vitamin C, dan vitamin E.

Kolesterol akan menempel pada pembuluh darah jika terjadi oksidasi, hingga akhirnya berkumpul membentuk plak dan menutup pembuluh darah.

Vitamin E dan C pada papaya akan bersatu dengan enzim yang disebut paraxonase yang akan menghalang terjadinya oksidasi kolesterol di dalam pembuluh darah.

7. Jambu Batu

Jambu Batu mengandung vitamin dan antioksidan yang bekerja melindungi jantung dari kerosakan akibat radikal bebas.

Kadar kalium dan serat larut air dalam jambu batu mampu membantu menurunkan kolesterol dan tekanan darah, menaikkan kadar kolesterol baik HDL yang dapat mencegah pelbagai penyakit jantung.

Kajian yang dilakukan selama 9 minggu menunjukan bahawa pengambilan buah jambu sebanyak 400 gram sehari meningkatkan kadar kolestrol HDL dalam darah dan kadar antioksidan di dalam tubuh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kompas