Cerpen: Rintihan Dari Kubur
Sepanjang lima bulan Daboh dalam kurungan pasung kayu, dia hanya tersengih-sengih saja setiap kali Dukun Sood datang. Kadangkala dia melambai-lambai tangan apabila Dukun Sood membakar kemenyan. Tetapi Daboh akan merungut-rungut sekiranya dia nampak Sarip Kubung tersandar pada tiang tengah. Gambar hiasan. Dukun Sood sering mengingatkan Sarip Kubung supaya tidak berkasar dengan adiknya itu.