Isu Dakwaan Dirinya ‘Kunyit’, Hafiz Minta Tunjuk Bukti
Sebelum ini ada tuduhan yang agak mengejutkan apabia Hafiz Hamidun digelar sebagai seorang 'kunyit' iaitu lelaki songsang.
Penyanyi nasyid ini telah memberi respons terhadap tuduhan yang mengaibkan itu.
Apabila ditanya tentang soal ini, kata Hafiz Hamidun jika benar kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Joy atau sesiapa, dia perlu buktikan kenyataan itu benar.
Sekirannya tidak dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Ini komennya:
“Tak apalah, terpulang pada dia. Pada saya kalau dia buat kenyataan tersebut dia kena buktikan dan sekirannya berlaku unsur-unsur yang tidak tepat saya akan anggap ini satu fitnah dan pihak peguam saya akan tidak ragu-ragu untuk ambil tindakkan saman.
“Saya dah jangka dia akan bertindak begitu. Sebenarnya saya tidak tahu apakah motif dia nak mengatakan benda-benda yang tidak berkaitan dengan apa yang saya nak suarakan hari ini. Saya tidak mengambil kisah kerana kadang-kadang cakap sebegini didorong oleh emosi dan tidak berlandaskan dengan fakta
“Dia harus bertanggungjawab dengan apa yang dia katakan, bukan sahaja pada dia tetapi pada semua orang yang buat keterangan, komen, posting dalam Facebook dan forum Cari. Kita telah mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan perkara ini tidak berlanjutan.
“Saya menganggap isu ini remeh untuk mengalihkan tumpuan sebenar kes ini. Dia pun tahu tentang kes ini seperti apa yang telah saya nyatakan tetapi dia telah muncul dengan kenyataan-kenyataan picisan yang sebenarnya pada saya selagi benda tu tidak mengaibkan saya, saya masih boleh bersabar tetapi sekirannya ia melampaui batas sehingga menyebabkan reputasi saya terganggu kita tidak teragu-ragu mengambil tindakan.
Itulah penjelasan dari Hafiz Hamidun tentang hal ini.
Semalam Hafiz menjelaskan dia tidak pernah 'bersama' dengan isterinya sejak berkahwin kerana meragui ikatan tersebut.