Pyare Mohan Ketagih Makan 3 Kilo Cili Setiap Hari
Setiap hari, Pyare Mohan akan makan hingga tiga kilogram cili dan tanpa cili, dia merasakan hidupnya pada hari itu tidak lengkap. Lelaki ini ketagih makan benda yang agak pelik, iaitu cili. Pyare, 40, menyifatkan rasa cili yang dimakannya itu manis dan dia tidak akan rasa kenyang selagi tidak makan cili. Lagi pedas lagi bagus, katanya yang mula ketagih makan cili sejak enam tahun lalu.