Inilah Punca Sebenar Aiman Tino Dipaksa Tukar Lirik Lagunya Di AJL31

Inilah Punca Aiman Tino Dipaksa Tukar Lirik Lagunya Di AJL31



Aiman Tino merupakan antara peserta Anugerah Juara Lagu kali ke 31 pada Januari ini.

Satu berita mengatakan Aiman Tion terpaksa menukar lirik lagunya atas kehendak dari penganjur AJl itu.


Liriknya tentang 'rela mati' dikatakan boleh menjadi sesuatu yag negatif.

Aiman berkata, masyarakat seharusnya lebih berfikiran terbuka mengenai lirik lagu berkenaan kerana agama Islam sendiri menyuruh umatnya sentiasa mengingati mati.

Ini komen Aiman Tino:

"Sejak viral tentang lirik lagu Ku Rela Di Benci yang dikatakan membawa unsur negatif tentang kematian, produksi AJL31 mohon ia ditukar dan saya telah menggantikan bahagian lirik dikatakan tersebut.

"Apapun itu bukan alasan menjejaskan tumpuan saya memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti sebaliknya ia bakal menjadi kejutan buat peminat yang masih berteka-teki lirik yang akan diganti,"

"Rasanya kalau diamati banyak lagi lirik membawa mesej kematian dalam lagu penyanyi lain sebelum ini tetapi kenapa tiba giliran saya ia menjadi isu?

"Bagaimanapun saya cuba melihat dari sudut positif kerana mungkin ini antara petanda lagu Ku Rela Di Benci mendapat perhatian ramai," 



Dikatakan lirik yang terlibat ialah “Tak sanggup ku dibohongi, kurela dijemput Illahi” yang kononnya seperti rela menerima mati.

Ia telah diubah kepada 
“Tak sanggup ku dibohongi, ku rela mengundurkan diri.”

Tentang persembahannya, Aiman akan beri kejutan kepada peminat pada persembahan AJL31 nanti.