Fattah Amin Jelas Hubungan Dengan Neelofa Selepas Luah Perasaan Di Rancangan MeleTop
Pelakon Fattah Amin menjelaskan dia tidak bergaduh dengan Neelofa.
Perkara ini timbul selepas dia dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan seorang aktres berdarah campuran.
Fattah berkata, hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah malah menyifatkan wanita itu sebagai kawan baiknya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai persembahannya menerusi lagu Wanita Terakhir pada program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa baru-baru ini, Fattah berkata, dia menyampaikan lagu itu sepenuh perasaan dan ia ikhlas dari hatinya.
Ini komen Fattah Amin:
"Saya dan Neelofa tidak pernah bergaduh, bahkan tidak pernah timbul isu pergaduhan di antara kami.
"Saya dan Neelofa okay, kami memang berkawan baik,"
"Sudah tentu saya berasa gembira kerana saya berpeluang untuk membuat persembahan secara langsung dan lagu itupun saya sampaikan ikhlas daripada hati saya.
"Bahkan, sajak yang saya buat itu pun sebenarnya saya sampaikan ikhlas daripada hati saya. Akhirnya, saya dapat meluahkan segala-galanya,"
Ditanya lanjut tentang hubungan dan kontroversi melanda mereka, Fattah bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.