Zukieeeee Sailang GF Kawan Sendiri Nak Bertunang Dah Tu

Sekarang ini kami nak share satu story yang tengah viral di Twitter. Katanya salah seorang peserta Super Spontan yang dah terkeluar hari itu sailang kekasih kawan baik sendiri? Ish biar betul.

1.png

PART 1 [Gambar major throwback] Cik manis nama diberi. Yes, dia dah pegang title EX. Si manis (bukan nama sebenar) , telah disailang oleh member aku sendiri si zakir (bukan nama sebenar jugak). Siapa kata macam drama petang petang kat tv3 tu tak wujud in real life? Hahaha aku dah rasa benda tu weh. Yela zaman sekarang zaman sailang ape je yang kau nampak baik kat depan mata. If korang nak tahu, kesetiaan wanita diuji saat lelaki tak punya apa apa tapi kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki SEGALANYA. Bila kau mempunyai segalanya dan dia mencintaimu, itu KENYATAAN. Namun bila kau tak mempunyai segalanya dan dia masih mencintaimu, itu KETULUSAN.

Ex aku ni sebenarnya emm entah lah. Tatahu nak cakap macam mana. Tapi tapi, si zakir ni punca segalanya. Yela, mana taknya, dia tabur segala mulut manis dia tabur duit dia. Cakap nak beli kan si manis rumah lah kereta lah itu lah ini lah. Lepas tu pergi jumpa family dia tabur lagi ayat manis. Padahal kau tahu masa tu aku dengan si manis ni. Member jenis apa kau ni weh? Kau ni memang jenis lupa daratan ke macam mana? Hahaha tapi senang cerita, if tak melayan takkan jadi pon benda ni semua. Baik lelaki baik perempuan. The best part is dieorang nak tunang dah 8/10 ni (info manis sendiri) and date tu sepatutnya aku yang tunang dengan dia. Kau rasa ape yang aku rasa tak? Tapi takpela. Maybe selama ni aku just jaga tunang orang je. Hahahaha zakir ni pernah sampai ugut aku, aku jumpa kau kat luar kau siap!. That time aku dah okayh dengan si manis. But dia still berdegil jugak. Dia memperbodohkan diri dia sebab seorang perempuan and dalam masa yg sama aku pon jadi bodoh sebab perempuan sorang ni. Hahaha kelakar kan.

Aku tak sangka ada jugak member jenis macam ni. Its okayh lah. Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas diri kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangi dirimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya. Pedih tu memang pedih. Aku redha dengan semuanya. Pada awalnya aku memang tak boleh terima hakikat. Nak nak pulak member sendiri yang buat aku macam ni

2.png

3.png

Nampak macam frust betul lelaki ini bila kawan sendiri sailang kekasih dia. Tak apa lah bunga bukan sekuntum kan?

Sementara itu di ruangan komen Instagram milik Zukieeeee sedang rancak diserang netizen. Macam-macam komen ada. Semua macam tak puas hati je.

screen-shot-2016-10-04-at-2-14-08-am


Rileks dulu, kita tunggu penjelasan dari Zukieeeee sendiri. Takkan lah dia nak sailang girlfriend kawan pula.

Sumber :Zukieeeee,Encik Random,DanielZamrii

Sumber: informasidbt

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts