Bapa pelawak Achey, Hamzah Salam, yang cedera parah akibat kemalangan di Kg Usaha Jaya, Labis, Johor, semalam, kini semakin stabil.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 30, bagaimanapun berkata keadaan ayahnya masih lagi teruk dengan dadanya perlu ditebuk bagi memudahkan pernafasannya.
“Alhamdulillah, abah sudah stabil, cuma keadaannya masih teruk. Sekarang ini, doktor menebuk dada abah kerana saluran pernafasannya agak lemah.
“Esok, doktor akan buat pembedahan pada bahagian kakinya. Doakan semoga ia berjalan dengan lancar,” katanya kepada BH Online.
Pagi semalam, bapa Achey cedera parah akibat terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta MyVi.
Ekoran kejadian itu, lelaki berkenaan mengalami pendarahan di kepala selain tiga tulang rusuk, pinggul dan kakinya retak.
Beliau kini dirawat di Hospital Segamat.
Sumber asal: bharian.com.my
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih