KUALA LUMPUR : Penyelia pencuci kabin pesawat, Ahmad Najib Aris menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang, Selangor semalam berikutan rayuannya di Mahkamah Persekutuan ditolak atas sabitan merogol dan membunuh penganalisis teknologi maklumat (IT) Canny Ong Lay Kian (gambar kecil) pada tahun 2003.
Jurucakap Jabatan Penjara Kajang mengesahkan bahawa Ahmad Najib, 40, telah menjalani hukuman mati pada pukul 6 pagi. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di Kajang dekat sini.
Pada 23 Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman mati ke atas Ahmad Najib selepas dia disabitkan dengan kesalahan merogol dan membunuh Canny, 29, di Kilometer 11, Jalan Klang Lama pada 14 Jun 2003.
Ahmad Najib menjalani hukuman mati itu selepas Mahkamah Persekutuan pada Mac 2009 turut mengekalkan hukuman mati ke atasnya.
Mayat Canny ditemui rentung dalam sebuah longkang di Jalan Klang Lama oleh pekerja binaan lebuh raya.
Peguam utama Ahmad Najib, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, mengikut maklumat pegawai penjara Kajang, Ahmad Najib telah menjadi seorang lelaki Islam yang baik selepas berada di penjara dalam masa yang panjang.
Ahmad Najib sudah boleh memimpin solat dan dia juga diberi tugas mengajar banduan lain mengenai ilmu agama.
Ahmad Najib menerima keputusan mahkamah sebagai nasib dirinya, kata peguam itu.-KOSMO
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih