Lori Dipandu Laju dan Gagal Patuhi Arahan Perlahankan Kenderaan

2cTK8Ki

BAGAN SERAI – Susulan kejadian seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang maut di langgar di hadapan sekolahnya pagi tadi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didedahkan.

Berdasarkan rakaman CCTV yang dipasang di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan itu, mangsa, Mohammad Haikal Helme, yang dihantar oleh ibunya di seberang jalan berdepan dengan sekolah tersebut, dilihat cuba melintas jalan bersama beberapa murid yang lain.

Pengawal lalu lintas sekolah berkenaan juga dilihat mengarahkan kenderaan yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan kepada murid-murid sekolah melintas jalan.

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang membawa muatan ayam tidak memberhentikan kenderaan. Mangsa yang sudah berada di tengah jalan cuba melarikan diri dari dirempuh namun terlambat untuk berbuat demikian.

2cPnINE

Menurut Mask Mark yang memuat naik video berkenaan di laman Facebook juga turut mendakwa, pemandu lori terbabit tidak memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat menyala merah.

Akibat rempuhan itu, mangsa maut serta merta di tempat kejadian.

2cthTES

Difahamkan, jenazah Mohammad Haikal Helme telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi selepas solat Zohor tengah hari tadi. – The Reporter

Artikel berkaitan: Anak Maut Dirempuh & Digilis Lori Di Depan Ibu

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARIcite_heboh_3.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts