Kuala Lumpur: Pengacara terkenal Fara Fauzana mengesahkan majlis pernikahannya yang bakal berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.
Menerusi kenyataan media, Fara memaklumkan rancangan pernikahan dengan pemuda bernama Hafiz seperti yang umumkan di sidang akhbar pada 1 Ogos lalu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi.
“Jujur, keputusan untuk ini sukar bagi saya.
“Namun selepas memikirkan perkara ini dengan sedalam-dalamnya, juga memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT serta perbincangan bersama keluarga, saya nekad tidak meneruskan pernikahan. Saya percaya keputusan ini adalah yang terbaik.
“Saya yakin apa yang berlaku ini adalah ketentuan Ilahi dan ada hikmah yang menanti,” kata Fara.
Sumber: ternyataviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih