Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia.
Air liur basi yang diminum bersama air
biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab
dalam membentuk kesihatan seseorang insan.Air liur basi yang dipandang
jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.
Keberkesanan air liur basi
bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan
bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya
berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air
putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan
badan.
Sistem rawatan
tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian
baginda dan telah dikesan kemujaraban nya oleh pakar sains perubatan
moden Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa
terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunai kan solat
subuh setiap pagi.
Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Sumber :Eberita.org