Cara Tangani Lipas Dalam Kereta

lipas

Kereta Berlipas? Jom Tangkap Lipas Dalam Kereta Cara Mudah | Seringkali anda menghidupkan enjin kenderaan ada seekor dua lipas yang berlari berkeliaran. Jika anda mengalami masalah lipas dalam kenderaan, pasti sahaja menimbulkan rasa tidak selesa.

Sebelum sahabat handai mengatakan anda penternak lipas dalam kereta, berikut merupakan tips berkesan yang dikongsikan oleh Sharifah di laman sosial Facebook.


Disebabkan si kiddos ini suka makan dalam kereta, maka lipas pun turut bersuka ria. Kita makan KFC, dia pun kelip-kelip tunggu masa. Bila kita matikan kereta, malam mereka mula beroperasi seperti biasa.

Bila dah geram, buatlah macam-macam caranya, maka terjumpalah cara yang berkesan secara tidak sengaja.

Cara mudah dan murah nak perangkap lipas dalam kereta:

1. Beli ‘Ice Lemon Tea’ jenama Seasons ini. Minum sampai habis dan tinggalkan baki 2 3 titis je sebagai umpan pada lipas.

2. Buka penutup botol dan letak dalam kereta sama ada di bawah kerusi depan atau belakang.

3. Biarkan semalam atau 3 hari, akan dapatlah hasilnya kelak.

Pada asalnya, terlupa nak buang botol ini dalam kereta sebab tersorok dalam seat. Sekali nak buang, penuh tetamu masuk dalam perangkap.

Selamat mencuba bagi kereta yang menternak lipas!

Sumber : Eberita.org