Petua Hilangkan Ketuat

Ketuat adalah sejenis penyakit kulit dimana kawasan yang terkena  akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan boleh menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa rawatan.

Namun Ketuat tidaklah berbahaya kepada kesihatan . Ketuat biasanya akan hilang atau gugur sendiri. Biasa mengambil masa 6 hingga 12 bulan untuk pulih. Ia tidak lah sakit.
Kami kongsikan kepada anda petua untuk menghilangkan ketuat. Semoga bermanfaat.


Petua 1
Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya.

Petua 2
Gunakan kapur sirih untuk disapu ke atas ketuat. Biarkan ia mengering sendiri. Amalkannya sehingga ketuat mengering dan gugur dengan sendirinya.

Petua 3

Ambil daun kesum dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan sebatikannya. Sapu campuran tersebut ke atas ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkannya sehingga ketuat gugur sendiri.


Sumber :Eberita.org