Seorang lelaki berasal dari Afghanistan terpaksa hidup dengan pensil yang tertanam di ....


Berlin : Seorang lelaki berasal dari Afghanistan terpaksa hidup dengan pensil yang tertanam di dalam kepalanya. Seorang doktor dari Jerman profesor Frank Hoelzle dari Aachen University mengataan lelaki yang tidak dinyatakan namanya ini telah hidup selama 15 tahun tanpa mengetahui terdapat sebatang pensil dalam kepalanya. 

Kisah bermula apabila lelaki tersebut mengalami keradangan pada lapisan hidung dan kerongkong yang berpanjangan sehingga mengakibatkan penglihatan pada salah satu matanya pun semakin terjejas.Dia kemudiannya mengambil keputusan berjumpa dengan doktor pada tahun 2011. Hasil dari laporan xray yang diterima amat mengejutkan. Imej sebatang pensil tertanam di dalam kepala lelaki berkenaan. Posisi pensil melintang dari sinus ke faring, juga mengenai sebagian rongga matanya.

Setelah menjalani pembedahan di Aachen University Hospital, Jerman, keadaannya semakin pulih. Dia sangan bernasib baik kerana pensil sepanjang 10 sentimeter itu tidak mengakibatkan kecederaan serius pada otaknya. Lelaki tersebut tidak mengetahui bagaimana pensil berkenaan boleh ada dalam kepalanya. Namun seingatnya, ketika masih kanak-kanak, dia pernah jatuh pengsan dan mengalami kecederaan parah di kepalanya.

Hasil pemantauan oleh doktor yang di tugaskan profesor Frank Hoelzle selepas 2 tahun mendapati keadaan lelaki tersebut pulih sepenuhnya. Dia juga tidak mengalami sebarang kesan samping setelah pembedahan.


Sumber : Tempo.co