Pasangan Kembar Tertukar Pasangan



China : Kembar seiras sememangnya sukar untuk dibezakan dan juga seringkali pasangan ini mampu membuatkan orang sekelilingnya termasuk teman terdekat keliru.

Begitu juga dengan pasangan kembar seiras lelaki Zhao Xin dan Zhao Xun yang berasal dari Provinsi Shanxi, China. Keakraban mereka amat sukar dipisahkan. Selain memiliki hobi yang sama, yang menariknya pasangan ini juga mengahwini denagn dua wanita yang mempunyai rupa yang sama, pasangan kembar seiras Yun Fei dan Yun Yang.

Namun begitu, pasangan kembar Zhao Xin, Zhao Xun dan Yun Fei, Yun Yang mengakui bahawa pernah terjadi insiden bertukar pasangan. Insiden ini berlaku setelah selesai majlis makan malam yang mana tanpa sedar mereka beredar dari majlis dengan pasangan yang salah.

Mengelakkan dari terjadinya peristiwa seumpamanya berlaku lagi, pasangan ini mengambil keputusan untuk membuat pembedahan plastik.

Sumber : tribunnews.com