Beijing: Seorang pemuda menggunakan semua wang simpanannya dan
terpaksa pula berhutang semata-mata mahu berkahwin dengan gadis yang
dicintainya.
Namun, kebahagiaan yang diimpikan pemuda itu
tidak bertahan lama apabila dia ditinggalkan isterinya tiga hari selepas
majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Liu yang tinggal di sebuah kampung di wilayah
Shanxi berkata, dia berkenalan dengan isterinya yang berasal dari
kampung berhampiran selepas bertemu dalam satu majlis mencari jodoh pada
Februari 2013.
Tidak lama selepas pertemuan itu, pasangan berkenaan bercinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin.
Liu yang bekerja sebagai tukang masak
memberitahu, perkahwinannya menelan belanja besar tetapi dia tetap
bersetuju kerana sangat sayangkan kekasihnya.
Harian Metro