‘Selama 4 tahun, Lelaki ini Sayang Betul Dengan Awek Dia. Tapi Kenapa Awek Dia Pakai Semua Gambar Saya?’


Pada zaman moden kini, pelbagai kisah penipuan dapat kita dengar. Apatah lagi dengan kehadiran aplikasi telefon pintar seperti whatsapp, weChat memudahkan lagi pemangsa mencari mangsa.
Sangatlah sadis apa yang berlaku kepada lelaki ini. Selama empat tahun bercinta, rupa-rupanya kekasih yang dicintai seikhlas hati sebenarnya wanita lain yang sudah mahu bergelar tunangan orang.
Kisah itu dikongsi oleh pemilik asal gambar dengan screenshot perbualan dengan mangsa.
“Selama 4 tahun lelaki ni sayang betul dengan awek ni tapi kenapa awek ni pakai semua GAMBAR SAYA. Tak malu ke? Nak mintak macam-macam tu janganlah pakai gambar saya! Nak bercinta pun pakailah gambar sendiri! BERHENTI CURI GAMBAR DEKAT IG/FB aku! Guna gambar sendiri.”, tulisnya.
Menyelusuri perbualan, difahamkan mangsa dan ‘kekasihnya’ itu sudah mengenali antara satu sama lain selama 4 tahun dan tidak pernah berjumpa. Selama itu juga, mereka sering bertukar-tukar gambar sebagai pengubat rindu cinta jarak jauh mereka.
Selama 4 tahun 1
Namun, semuanya terbongkar apabila mangsa menemui pemilik sebenar foto ‘kekasihnya’ di laman instagram. Mangsa kemudian menghubungi pemilik asal gambar bagi meminta penjelasan.
Selama 4 tahun 2

Selama 4 tahun 3
Selama 4 tahun 4
Menurut mangsa, pada 16/6/2016, dia termimpikan seorang perempuan disarungkan cincin. Kemudian pada malam itu, mangsa berusaha mencari instagram kekasihnya. Atas hasil usahanya, dia berjaya namun dia hampa apabila melihat gambar ‘kekasih’ disarungkan cincin di dalam akaun instagram tersebut.
Selama 4 tahun 5
Selama 4 tahun 6
Selama 4 tahun 7
Selama 4 tahun 8
Menakutkan lagi, bukan sahaja gambar-gambar tuan punya badan, malah tarikh lahirnya juga turut digunapakaikan. Berdasarkan perbualan mangsa dan pemilik asal gambar, lelaki berkenaan turut menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada ‘kekasih’ sebagai hadiah hari jadi pada 26/11. Tarikh lahir yang sama dengan pemilik empunya badan.
Selama 4 tahun 9
Selama 4 tahun 10
Kepada mangsa, diharapkan bersabar dengan apa yang berlaku. Kepada mereka yang bercinta jarak jauh dan menerusi internet, dinasihatkan agar degilkan diri anda untuk bertemu dengan kekasih anda sekurang-kurangnya sekali supaya tidak tertimpa nasib yang sama dengan lelaki ini.
Sumber: Siakapkeli