Pekerja Kopitiam Kantoi ‘Kitar Semula’ Iced Lemon Tea Dari Sampah, Jual Semula Kepada Pelanggan


“Orang jijik melakukan perkara menjijikkan untuk mendapatkan wang menjijikkan bagi memenuhi keperluan menjijikkan!” kata seorang netizen mengenai seorang pekerja kopitiam yang ‘kitar semula’ teh ais lemon kepada pelanggan.
Video itu yang dikongsi ke Facebook, dimuatnaik oleh All Singapore Stuff pada 4 Julai mengumpul lebih 14 ribu perkongsian dan tidaklah menghairankan kenapa menjadi begitu viral.
Seorang pekerja di sebuah kopitiam Singapura telah ‘kantoi’ dengan satu video selepas dilihat teh ais lemon ‘kitar semula’, seperti yang didakwa dari sampah dan kemudian menjual semula kepada pelanggan.
Dalam video tersebut, pekerja boleh dilihat menuang teh ais lemon dari sampah ke dalam cawan yang lain secara terbuka di hadapan semua orang seolah-olah tindakannya betul untuk dilakukan. Selain itu, dia mengerjakannya beberapa kali untuk beberapa pelanggan yang meminta minuman.
Kita boleh bayangkan jika sebelum ini dia telah melakukannya banyak kali. Membayangkan ini sahaja membuat kita rasa sakit hati.
iced lemon tea
Ini telah membawa kepada beribu-ribu penduduk tempatan untuk menyatakan jijik mereka dan perasaan terkejut. Ramai juga mahu memboikot kopitiam tersebut.
“Jangan memesan minuman dari kedai kopi itu di Sembawang BLK505!” kata seorang netizen yang telah berada di sana 2 minggu lalu dan dia merasakan bahawa teh ais lemon beliau hanyir.
Namun, menurut seorang individu memberitahu pengguna internet bahawa pekerja itu telahpun dipecat.
“Sebenarnya, Uncle ini diam-diam menjual teh ais lemon tersebut dan mengambil wang tersebut tanpa diketahui. Saya tahu ini sebab saya bekerja di syarikat ini dan saya telah pergi ke sana dengan kakitangan HQ untuk memberhentikan Uncle ini petang semalam…”
“Oleh itu, tidak adil untuk mengatakan syarikat itu melakukan perkara ini … Adalah tindakan kakitangan dan bukan syarikat”
Jadi pengajaran yang kita boleh belajar dari sini ialah, istilah “guna semula, kurangkan dan mengitar semula” tidak boleh diambil terlalu serius ke dalam setiap aspek kehidupan.

Sumber : http://thecoverage.my/