Akibat Berbekam Setiap Hari Selama Sebulan, Lelaki Ini Menderita


Akibat berbekam setiap hari selama sebulan, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Sichuan, Li Lin menderita apabila kesan bekam itu memburuk dengan 7 parut besar di belakangnya.
Laporan menyebut, lelaki yang menderita kolestrol tinggi, sakit bahu, dan beberapa penyakit lain itu pada mulanya hanya berhenti berbekam di sebuah kedai urut di Chengdu pada Mei untuk rawatan bekam selama satu jam. Namun apabila dia merasa lehernya sakit, dia kembali untuk semula berbekam.
Akibat Berbekam Setiap Hari Selama Sebulan, Lelaki Ini Menderita 3
“Pekerja di pusat rawatan itu menasihati saya untuk terus mengambil rawatan bekam selama sebulan untuk menyebuhkan sakit bahu saya” kata Li Lin.
Menurut Li Lin, cawan bekam diletakkan pada tempat yang sama setiap kali rawatan.
Biarpun 7 kesan parut sudah kelihatan selepas 10 hari rawatan, lelaki itu berdegil untuk menyudahkan rawatan sebulan itu dengan penuh.
Pada 20 Jun, selepas selesai rawatan selama sebulan itu, dia merasa sesuatu yang ganjil pada badannya dan mengalami demam panas. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dimana doktor mendapati suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius.
Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapat terdapat 7 parut besar di belakangnya.
Akibat Berbekam Setiap Hari Selama Sebulan, Lelaki Ini Menderita 4
Parut-parut itu telah memburuk dan terkena jangkitan kuman. Sekiranya tidak segera ke hospital, dia berkemungkinan akan mengalami sepsis.
Ahli medik berkata berbekam sepatutnya tidak dilakukan di kawasan yang sama kerana ia boleh menyebabkan kulit terbakar dan jangkitan.
Netizen di Weibo (laman Facebook versi China) mengecam kedai itu kerana mengelirukan pelanggannya.
“Tak rasa sakit ke? Bagaimana dia boleh terus menerus pergi rawatan bekam tu”, tanya seorang netizen.
“Kedai itu sangat tidak bertanggungjawab kerana mencadangkan dia mengambil rawatan bekam setiap hari”, tulis netizen lain.