saya tiada hubungan dengan nazrief nazri

10-Saya-Tiada-Hubungan-Dengan-Nazrief

Gara-gara memuat naik gambar berdua bersama pelakon, Nazrief Nazri di laman Instagram, Emma Maembong dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama jejaka tersebut. Emma yang terkejut dengan berita tersebut tidak menyangka tindakannya itu boleh mengundang gosip seperti ini dan menafikan terdapat hubungan cinta diantara mereka.

BACA: Polis Buru Suspek Rompak Bapa Emma Maembong

Lucu juga mengenangkan gambar saya dan Nazrief yang kebetulan berada dalam sebuah majlis baru-baru ini sudah mencetuskan gosip baru. Macam mana boleh ada hubungan, berjumpa atau berhubung di telefon juga tidak pernah. Dalam drama itu pun kami baharu saja dipertemukan dalam satu babak. Sudah-sudahlah menyebarkan perkara tidak benar.

Tidak perlu timbulkan spekulasi ini apatah lagi di saat ayah saya masih tidak sihat selepas kejadian samun Khamis lalu. Berilah ruang untuknya berehat daripada mendengar semua cerita palsu ini, katanya kepada Berita Harian Online berhubung spekulasi mengaitkan beliau dan Nazrief yang kebetulan hadir sedondon dalam satu acara baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, mendengar gosip liar seperti ini membuatkan Emma berasa orang ramai seperti bersikap tidak sensitif apabila ia digembar-gemburkan ketika bapanya masih terlantar di hospital berikutan kejadian samun yang menimpa bapanya baru-baru ini, serta meminta orang ramai untuk tidak berterusan melemparkan tuduhan tanpa usul periksa.

adv.php?sid=332179965797

Terdahulu, bapa Emma, Ismail Maembong cedera ditetak di kepala dan tangan dipercayai ditetak oleh penyamun dalam satu kejadian ragut yang berlaku di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) baru-baru ini. Setakat ini pihak polis sedang berusaha menyiasat kes ini, manakala bapa Emma dikhabarkan sedang beransur pulih. (rkty/w)



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts