Penumpang Saman MAS RM616K Kerana Hadapi Gangguan Seksual Dari Ketua Pramugara.

SeoraNG penumpang wanita warga Australia mendakwa dicabul ketua pramugara MAS semasa menaiki pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris pada 2014. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Australia menyaman Malaysia Airlines (MAS) di bawah Konvensyen Montreal seba­nyak A$200,000 (RM616,000) atas dakwaan diserang secara seksual oleh ketua pramugara ketika dalam penerbangan ke Paris pada 2014.
Laura Bushney, 28, mendakwa diserang oleh Mohd. Rosli Ab. Karim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos 2014.
Mohd. Rosli kini dalam jaminan di Perancis dan sedang menunggu perbicaraan selepas mengaku melakukan jenayah tersebut dan didakwa oleh pihak berkuasa Perancis, lapor The Courier Mail.
Menurut portal tersebut, pernyataan tuntutan Laura yang difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Persekutuan Australia Barat memperincikan dakwaan pengalaman pahit yang didakwa berlaku beberapa jam dalam penerbangan selama 13 jam itu.
Mengikut pernyataan itu, kejadian berlaku selepas Laura memaklumkan kepada kru kabin mengenai ketakutan untuk terbang dan Mohd. Rosli berjanji untuk memeriksanya semasa dalam perjalanan itu.


Sumber: http://www.kosmo.com.my