Di kalangan masyarakat Melayu Lama, kaum lelaki diajar supaya
mengamalkan beberapa latihan jasmani untuk melaraskan tulang dan urat.
Antaranya ialah Senaman Harimau - ianya sangat baik terutamanya untuk kesihatan anggota syahwat lelaki.
Video di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada gerakan dalam senaman klasik ini.
Disiplin Senaman Harimau
Harimau
adalah sejenis binatang gagah yang dianggap sebagai raja rimba oleh
masyarakat Melayu terdahulu. Salah satu cabang senaman tenaga batin
dipanggil Senaman Harimau.
Nama bagi senaman ini telah dikenali
oleh masyarakat di negeri-negeri selatan Tanah Melayu. Kemungkinan besar
bahawa nama ini diberi kepada gerakan senaman kerana ia berasal dari
penelitian kepada gerak harimau yang agak kasar dan bertenaga lalu ianya
diubahsuai mengikut daya gerak manusia lantas dijadikan senaman tenaga
batin.
Adalah dipercayai bahawa gerakan senaman ini diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di Malaysia hingga ke utara Malaysia.
Mungkin
terdapat variasi caracara melakukannya atau ia dikenali dengan nama
yang lain namun begitu asas bagi gerakan Senaman Harimau adalah
sebagaimana yang akan dicatatkan.
Senaman ini adalah jenis senaman yang biasa diajarkan kepada lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin.
Bagi
lelaki yang mempunyai masalah tenaga batin yang agak gawat maka senaman
ini elok dilakukan secara intensif sehingga terasa kesembuhannya dan
kemudian bolehlah dilakukan gerakan-gerakan yang mudah saja.
Seorang
lelaki tua Melayu (juga seorang pendekar) yang hidupnya mencapai usia
135 tahun semasa hidupnya diketahui mengamalkan gerakan-gerakan senaman
tenaga batin.
Mungkin ini adalah antara faktor yang mengekalkan
kesuburan beliau. Dalam usia setua itu dia mampu jimak dan isterinya
hamil lalu telahpun melahirkan anak yang sihat. Itulah kuasa Allah
s.w.t.
Dua orang tua Melayu (seorang lelaki dan seorang
perempuan) telah mengesahkan gerakan Senaman Harimau ini; bahawa ianya
adalah antara senaman yang dipraktikkan oleh orang-orang tua Melayu dan
ia baik bagi kesihatan tenaga batin.
Gerakan Senaman Harimau
diketahui oleh sebilangan besar dari orang tua-tua Melayu. Tidak dapat
dikesani secara pasti siapakah yang mula-mula sekali memperkenalkan
senaman ini.
Satu hal yang patut difikirkan ialah ketuaan senaman
ini. Ia diketahui oleh ramai pewaris ilmu jimak di beberapa daerah di
negeri Johor dan ia juga diketahui oleh masyarakat Melayu negeri lain.
Mereka semua bukanlah semestinya dari rumpun keturunan yang sama.
Meluasnya
ia dikenali dalam masyarakat Melayu yang menunjukkan bahawa ia adalah
satu ilmu yang tua. Berkemungkinan besar ianya berasal dari zaman Sri
Vijaya atau Majapahit sebelum kedatangan Islam ke Nusantara.
Pada
masa sekarang senaman ini biasanya diajarkan oleh tabib-tabib Melayu,
tabib urut tenaga batin, pawang, bomoh serta bidan kampung.
Ada
yang mendakwa bahawa senaman ini dipelajari dari masyarakat Jin. Sejauh
mana kebenaran dakwaan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Walau dari mana asalnya ia adalah jenis riadah yang berkesan bagi membina dan menjaga kekuatan tenaga batin kaum lelaki.
Pergerakannya
adalah cantik dan unik dan mengikut tatacara tertentu. Pengajaran
gerakan senaman ini akan dikenakan syarat tertentu mengikut kepada
variasi disiplin senaman.
Menurut yang diajarkan kepada penulis
senaman ini dilakukan di waktu pagi hari iaitu selepas bangun tidur
sebelum bersuci untuk solat subuh.
Ketika itu adalah paling baik
kerana otak dan fizikal telah berehat semalaman. Udara pagi adalah segar
kerana debu-debu telah dibawa ke tanah oleh embun.
Perjalanan
darah yang tersekat di kala tidur mula diperbaiki dengan aktifnya semula
otak. Di waktu ini keadaan saraf adalah sangat kejang dan tarikan
otot-otot tidak seimbang disebabkan oleh posisi yang diambil di kala
tidur. Mungkin otot-otot zakar telah tersekat perjalanan darahnya.
Jantung
dan pernafasan adalah lambat temponya di kala tidur. Nafas yang singkat
itu tidak cukup mengurut jantung dan mengalirkan udara yang segar pada
tubuh badan.
Dari sebab-sebab di atas maka Senaman Harimau mempunyai konsep pernafasan. Nafas ditarik dengan dalam bagi mengurut jantung.
Nafas
ditahani semasa senaman dilakukan agar tenaga maksima dapat disalurkan
kepada anggota-anggota tertentu yang digerakkan di dalam senaman.
Nafas
dihembuskan hingga tandus apabila selesai pergerakan apabila nafas itu
membawa keluar udara-udara beracun yang terperangkap di anggota-anggota
yang digerakkan tadi.
Maka gerakan menggunakan nafas secara
maksima dengan membuang udara kotor yang terperangkap semasa tidur dan
menggantikannya dengan udara yang bersih yang akhirnya membersihkan
darah.
Keberkesanan senaman dapat dikenal pasti secara terus
apabila berlakunya sendawa atau membuang angin setelah selesai melakukan
gerakan atau aliran darah terasa lebih lancar.
Daya sedar akan
meningkat dan muka akan lebih berseri. Dada akan bidang dan atas dada
akan merah. Otot-otot lebih kuat dan tenaga batin akan meningkat.
Video gerakan Senaman Harimau :