Maher Zain, Najib Saling Meminati



Penghibur antarabangsa terkenal, Maher Zain berkesempatan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya, semalam biarpun sibuk dengan promosi album terbaharunya, One ke negara ini.

Penyanyi kacukan Lebanon-Sweden itu telah memuat naik foto kenangan bersama Perdana Menteri ke akaun Facebooknya.

Dalam kapsyennya, Maher memaklumkan dia sempat berbual tentang pelbagai topik termasuk seni, budaya dan Islam bersama Datuk Seri Najib Razak.

"Saya mendoakan agar Malaysia terus dirahmati," tulis Maher.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi status yang dimuat naik ke Facebook, mengakui meminati dan mengagumi mesej dakwah yang dibawa lagu-lagu dendangan penyanyi yang berasal dari Lubnan itu.


Album Maher, One, buat masa ini tersenarai antara lima album paling laris dalam senarai iTunes Malaysia.

Album tersebut dilancarkan pada Jun lalu, dengan lagu The Power diangkat sebagai single pertama.



Sumber : http://www.malaysiagazette.com/