Selain membuat akikah, ada 1 lagi perkara sunat yang sangat
digalakkan iaitu mencukur rambut bayi baru lahir atau dalam erti kata
lain membotakkan rambut bayi. Mencukur rambut bayi
adalah berbeza dengan mencukur jambul di mana mencukur jambul hanya
melibatkan guntingan sebahagian sahaja daripada keseluruhan rambut bayi.
Tujuan utama bercukur adalah untuk menghilangkan kotoran pada bayi.
Ketika di dalam kandungan dan semasa bersalin terdapat banyak kotoran
yang melekat di badan bayi termasuk di bahagian rambut. Dalam erti kata
yang lain kita membuang rambut yang kotor dan lemah agar berganti dengan
rambut yang lebih sihat dan kuat . Dikatakan mencukur ini juga sangat
bermanfaat kepada kesihatan kepala dan membuatkan bayi lebih nyaman dan
selesa. Malah mencukur juga sangat bermanfaat untuk menguatkan deria penglihatan, deria rasa dan dan deria pendengaran bayi.
Tips Mudah Mencukur Rambut Bayi
1. Lebih Mudah Jika Bayi Sedang TidurMencukur mungkin membuatkan bayi kurang selesa. Jadi lebih mudah kalau
mencukur dibuat ketika bayi sedang tidur. Gendong bayi di bahagian siku
agar seluruh bahagian kepala bayi terdedah dan dapat dicukur dengan
mudah.
2. Gunakan Peralatan Yang Tajam dan Mencukupi.Peralatan utama yang perlu ada ialah gunting/mesin pemotong rambut dan
pisau pencukur. Selain itu sediakan juga bekas air yang digunakan untuk
membasah serta membersihkan rambut bayi. Sediakan juga antiseptik dan
putik kapas untuk mengeringkan luka seandainya kulit kepala bayi terluka
semasa proses mencukur dijalankan.
3. Mulakan dengan menggunting rambut yang lebat
Gunakan gunting atau mesin penggunting rambut untuk memotong rambut bayi. Basahkan sedikit rambut bayi dengan air bagi memudahkan proses guntingan. Setelah pendek, barulah digunakan pisau pencukur. Cukur sama arah dengan arah pertumbuhan rambut bayi untuk mengurangkan risiko terluka.
4. Jangan Terburu-buru.
Sekiranya bayi tersedar dan mula menangis, tenangkan bayi terlebih dahulu. Cara paling mudah ialah dengan memberikan bayi susu. Sambung semula proses mencukur jika keadaan mengizinkan. Jika tidak, proses mencukur mungkin boleh disambung semula pada sesi yang lain. Walaupun nampak mudah, proses mencukur bayi mungkin mengambil masa sehingga 2 jam jika ibu bapa belum mahir sepenuhnya.
Selepas bercukur, kepala bayi akan rasa lebih ringan dan sejuk. Bagi mengelakkan bayi terkejut, gunakan bedak sejuk yang diramas dengan sedikit air lalu disapukan ke seluruh rambut bayi dengan bacaan selawat sebanyak 3 kali.
Selamat Mencuba!
Sumber : raikankasih.com