Kuala Lumpur: Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui orang
ramai di hadapan rumah pangsa di Salak Selatan, di sini, 2.15 petang
semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten
Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, bayi itu ditemui masih hidup dan
dipercayai baru beberapa hari dilahirkan.
"Pihak kami sedang mencari ibu bayi berkenaan dan telah melakukan
beberapa semakan ke atas klinik dan hospital berhampiran bagi mengesan
wanita itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, bayi itu kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Sumber : hmetro.com.my