Jangan pertikai gelaran datuk diterima ifa raziah

8-Jangan-Pertikai-Gelaran-Datuk-Diterima

Tidak mahu gelaran Datuk yang diterimanya terus dipertikai, Ifa Raziah menyatakan bahawa penganugerahan tersebut adalah sah dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

BACA: Ifa Raziah Yakin Dirinya Masih Popular

Ya saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang

Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja. Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya

Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta. Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu, jelasnya kepada mStar Online.

Marauders-300x250-px.jpg

Bagaimanapun menurut penyanyi ini, dia tidak mengambil serius jika masih ada pihak yang masih mempertikaikan kredibilitinya untuk menyandang gelaran berkenaan. (rtky/s)



SUMBER
mstar online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih